Hai semua... Memandangkan esok Hari Anniversary aku yang ke 5 tahun jadi aku nak ceritalah serba sedikit tentang permulaan perkenalan aku bersama suami aku...
Aku mula berkenalan dengan suami aku ketika sama-sama bekerja di Sektor Swasta di Segambut, Kuala Lumpur.. Hendak dijadikan cerita, kami bercinta kira lamalah juga dalam 5 tahun.. Tarikh 20 Ogos 2000 menjadi tarikh keramat bermulanya ikatan cinta kami dan itulah kali pertama aku keluar dating bersama suami aku... Tempat pertama aku dating di Taman KLCC.. Banyak kenangan pahit dan manis selama 5 tahun itu.. Suami aku seorang anak yang sulung jadi aku kena banyak bersabar akan tanggungjawabnya.. Alhamdulillah dengan kesabaran dan keutuhan cinta yang kami bina maka tiba juga Mahligai yang kami impikan.. Disini aku en3kan gambar-gambar kenangan dari mula berkenalan hinggalah kami melangkah ke Jinjang Pelamin....
Kepada suamiku... NOOR RASHIDI AMIR BIN SULAIMAN, aku cukup bahagia berada disampingmu... Aku cukup bersyukur menjadi isterimu maka dengan ikatan kita yang suci ini kita akan kekalkan untuk kita akan mengiringi hingga ke SYURGA nanti... InsyaAllah...!!