Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

Sambut Besday Athirah Kali-2 di Seoul Garden, 1 Utama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Hari ini aku nak entry aktiviti kami sekeluarga pada cuti hujung minggu yang lepas.. Pada hari Ahad lepas aku sekeluarga menikmati makan tengahari di Restoran Seoul Garden.. Outlet yang kami pergi di One Utama, PJ. Kira sedap2la makanan disini.. Pertama kali buat aku dan anak aku dan kedua kali buat suami aku.. Sbb tempat kerja dia ada buat makan tengahari di Restoran ni tapi diorang pergi di IOI Mall, Puchong. Suami aku yang beri cadangan kami makan tengahari di sini dan menyambut besday athirah buat kali ke-2 untuk kami sekeluarga sahaja.

Masa ni kami baru sampai.. Memang ramai time ni.. Maklumlah Hari Ahad.. Lagilah ramai orang yang makan disitu..


Baru start nak masak menu yang kami pilih..

Em.. berasap-asap..

Marvelesssss...hehehe
Anak aku yang taknak makan pakai sudu.. Sibuk nak pakai chop stick.. Tengoklah cara dia pegang macam mana.. apa2lah nak oi...asalkan heppy..hehehe

emmm... sedapnye fishball..

Masuk untuk round ke-2... makan jangan tak makan.. bukannye selalu dapat makan macam ni..hehehe

Antara menu untuk aku sekeluarga..

Tengah kelaparan..
Dua orang tukang masak profesional...


Habis dah..

Muka2 orang yang dah kekenyangan..

Suami aku menghabiskan mana yang tak habis lagi... Aku dengan anak aku dah serender..kekenyangan..hehehe

Standby nak balik daaa....

Antara menu2 yang sempat aku snap...


Inilah senarai harganya.. Boleh tahanlah harganya.. dan sedap sekali.. berbaloi-baloi...!!

Ok, sampai disini sahaja yang sempat aku en3kan. Ada citer yang menarik nanti aku kongsi sama ye.. daaaa....

Thursday, December 1, 2011

Athirah 4th Besday.........

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Lama sudah rasanya aku tak aktifkan blog aku yg tak seberapa ni. Macam dah bersarang rasanye.. Mood tu adalah kurang sikit. Tapi hari ini mood aku ok sikit jadi adalah sikit aku nak en3 untuk sesiapa yang sudi jengah kat blog aku yang tak seberapa ni..

Hari Ahad lepas sempena Hari Pertunangan adik aku, aku buat sekali majlis sambutan Hari Lahir anak aku yang ke-4 tahun.. Sebenarnya tarikh hari lahir anak aku pada hari ini.. 1 Disember.. memandangkan masa hari pertunangan hari tu ramai jadi emak aku minta disambutkan sekali untuk cucu kesayangan dia tu.. Jadi aku turutkan jela.. Kira meriahlah juga.. Aku ucapkan terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang sudi hadir..

Kek idaman athirah.. Dia yang suruh order kek minnie mouse ni.. bertambah sukalah dia tu.. sampai tak sabar-sabar nak buat majlis dia ni..

Tengah menunggu pakteh dia menyalakan lilin..

Masing-masing tengah bersiap sedia..

Sebelum tu mama betulkan topi athirah yang dah nak jatuh..

Acara dah dimulakan.. hembus athirah jgn tak hembus..

Kek hasil tangan Mak Itam Athirah.. Angry Bird..

Kita potong sama-sama..

Suapan dari mama tersayang.. hehehe

Emmm..sedapnye..

Ibu ngah athirah pun nak jugak...

Mee Bandung hasil tangan mama athirah..hehehe

Sekejap je licin.. Nasib baik cukup..hehehe

Antara tetamu yang hadir..

Sampai disini sahaja yang dapat dien3kan bagi suasana Majlis Hari Lahir Athirah.. Disini mama doakan Semoga Athirah sentiasa dilindungi oleh-Nya, Sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang soleh kepada mama dan ayah... Mama dan Ayah sayang Athirah...........