Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 9, 2010

Meningkat lagi Umur Aku...

Hari ni genap umur aku 29 Tahun... Alhamdulillah... Aku bersyukur pada Allah kerana Dia telah panjangkan umur aku hingga ke hari ini...
Aku cukup bahagia dengan kehidupan aku... Aku seorang Isteri kepada suamiku.. Seorang Ibu kepada anakku, seorang anak kepada Ibubapaku dan juga seorang adik dan kakak bagi seluruh adik beradikku...
Aku cukup bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang penyayang.. dan aku berkahwin pun dgn seorang yang kuat dgn sifat penyayang dan cukup bertanggungjawab dalam keluarga.. Alhamdullillah!! Aku harap apa yang aku kecapi sekarang ini akan kekal hingga ke akhir hayatku...
Kepada suamiku... "Diriku ini hanya untukmu seorang... Aku harap kasih sayang kita akan kekal hingga ke Akhirat... Andai aku pergi dulu darimu akan ku 'Tunggumu hingga ke PINTU SYURGA'..."
Aku Bersyukur atas segalanya....

Friday, February 5, 2010

Birthday Erra 'N' Harissa

Hai.. Sekarang ni mood nak berblog mmg kureng sikit.. mayb awal2 tahun ni ada bz sikit.. Jangan kata orang kerja kerajaan takde kerja... Aku bukan camtu ye..
Hari ni aku nak citer pasal birthday 2 org anak buah aku yang diadakan pada 17 Januari 2010 hari tu dekat rumah emak aku di Gombak.. Dah besar2 anak2 buah aku sumer.. Cepatnya masa berlalu..

Masing2 standby untuk acara permulaan.. Sebelum tu posing dulu depan kek.. hehe!! anak aku yang pakai baju oren tu.. pantang nampak kamera sampai ternganga mulut.. Time ni tak ready lgla.. "Candid" Acara memotong kek dah bermula.. Kek buatan kakak ipar aku.. Mummy n Abah pun nak posing gak.. hehe!! Birthday girl posing dengan hadiah-hadiah...