Hari ni genap umur aku 29 Tahun... Alhamdulillah... Aku bersyukur pada Allah kerana Dia telah panjangkan umur aku hingga ke hari ini...
Aku cukup bahagia dengan kehidupan aku... Aku seorang Isteri kepada suamiku.. Seorang Ibu kepada anakku, seorang anak kepada Ibubapaku dan juga seorang adik dan kakak bagi seluruh adik beradikku...
Aku cukup bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang penyayang.. dan aku berkahwin pun dgn seorang yang kuat dgn sifat penyayang dan cukup bertanggungjawab dalam keluarga.. Alhamdullillah!! Aku harap apa yang aku kecapi sekarang ini akan kekal hingga ke akhir hayatku...
Kepada suamiku... "Diriku ini hanya untukmu seorang... Aku harap kasih sayang kita akan kekal hingga ke Akhirat... Andai aku pergi dulu darimu akan ku 'Tunggumu hingga ke PINTU SYURGA'..."
Aku Bersyukur atas segalanya....
No comments:
Post a Comment
Thank You For Your Comment To Me