Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Tarikh Menggamit Jiwa....

26 Ogos... Tarikh yang tak akan pernah aku lupakan sepanjang hidup aku.. Tarikh keramat yang akhirnya menyatukan 2 hati dan jiwa.. Tarikh inilah yang buat pertama kalinya kami bertemu menyatakan apa adanya pada isi hati dengan disaksikan Bangunan yang tersergam indah menjadi kebanggaan Negara kita Malaysia.. Iaitu KLCC..

Ya...tarikh 26 Ogos 2000 pertama kalinya aku dan suami keluar bersama-sama (1st dating)..Tempat yang kami tuju ialah KLCC.. Sungguh indah aku rasakan ketika itu.. Aku cukup mengaguminya.. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya.. sudah 11 tahun masa itu berlalu.. tetapi tidak pernah lekang diingatanku..

Noor Rashidi Amir Bin Sulaiman.. Nama yang di "Ijab" bersama nama ku.. dan disambut "Qabul" olehnya.. Aku bersyukur Ya Allah kerana doa kami dimakbulkan menjadi sepasang suami isteri.. Aku cukup bahagia disamping dia.. Dia cukup sempurna menjadi seorang suami.. Dialah yang turut merubahkan diriku menjadi seorang perempuan, anak, isteri yang lebih sempurna.

Kini kami telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel.. Dengan hadirnya Zuriat keturunan kami lebih mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga... Aku cukup Bahagia disamping seluruh keluargaku.. Aku Amat bersyukur YaAllah.. kerana dariMulah datangnya kebahagian ini.. Aku berdoa Semoga Kebahagian ini akan kekal diDunia dan diAkhirat..Amin..!!



Suami yang cukup sempurna dimataku.. Kehadiran dirinya, hidupku lebih indah.. Dialah "Syurgaku"..

Sayang dari Isterimu..

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H.........

Assalammualaikum..
Hari ini sudah 23 hari kita semua umat Islam menjalani Ibadah Puasa..
Lagi beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon ampun dan maaf jika selama ini saya ada terkasar bahasa, tersilap kata diatas penulisan saya didalam blog saya yang tidak seberapa ini. ..

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman untuk berHari Raya bersama keluarga.. Saya doakan semuanya selamat pergi dan pulang ke destinasi masing-masing..

Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati olehNya sentiasa.. Amin..!!


Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Nyanyian: YBhg. Dato' M.Nasir-Satu Hari Di Hari Raya