Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Tarikh Menggamit Jiwa....

26 Ogos... Tarikh yang tak akan pernah aku lupakan sepanjang hidup aku.. Tarikh keramat yang akhirnya menyatukan 2 hati dan jiwa.. Tarikh inilah yang buat pertama kalinya kami bertemu menyatakan apa adanya pada isi hati dengan disaksikan Bangunan yang tersergam indah menjadi kebanggaan Negara kita Malaysia.. Iaitu KLCC..

Ya...tarikh 26 Ogos 2000 pertama kalinya aku dan suami keluar bersama-sama (1st dating)..Tempat yang kami tuju ialah KLCC.. Sungguh indah aku rasakan ketika itu.. Aku cukup mengaguminya.. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya.. sudah 11 tahun masa itu berlalu.. tetapi tidak pernah lekang diingatanku..

Noor Rashidi Amir Bin Sulaiman.. Nama yang di "Ijab" bersama nama ku.. dan disambut "Qabul" olehnya.. Aku bersyukur Ya Allah kerana doa kami dimakbulkan menjadi sepasang suami isteri.. Aku cukup bahagia disamping dia.. Dia cukup sempurna menjadi seorang suami.. Dialah yang turut merubahkan diriku menjadi seorang perempuan, anak, isteri yang lebih sempurna.

Kini kami telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel.. Dengan hadirnya Zuriat keturunan kami lebih mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga... Aku cukup Bahagia disamping seluruh keluargaku.. Aku Amat bersyukur YaAllah.. kerana dariMulah datangnya kebahagian ini.. Aku berdoa Semoga Kebahagian ini akan kekal diDunia dan diAkhirat..Amin..!!



Suami yang cukup sempurna dimataku.. Kehadiran dirinya, hidupku lebih indah.. Dialah "Syurgaku"..

Sayang dari Isterimu..

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me