Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 19, 2010

Telatah Anak Aku...!!!

Hai! dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. Semenjak akhir2 ni mood nak berBlog ada kureng sikit.. sekarang ni rindu pulak aku dengan blog aku ni..
Hari ni aku nak entry gambar2 masa aku N family pergi makan2 dekat McD di Damansara Damai.. Sesiapa yg ada anak kiranya ada keselesaanla untuk makan dekat McD ni sbb ada kawasan untuk anak2 bermain sekali.. "sila jemput makan sumer..." Sambil makan sempat lagi berposing... Dua Insan kusayang.. Jom kita lumba minum.. (Air minum anak lg besar dari ayahnye..)
"emm..sedapnye...!!!"
"chakk..!!""bestnye main2 kat sini.."
"byknye mainan kat sini..sumernye ada.."
"Hai kawan2 sumer..datangla dekat sini..main dengan athirah..best main2 dekat sini..sape tak datang dekat sini rugi kalau datang setakat makan je tak main2 dekat kawasan permainan ni..."

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah..........

Lagi beberapa jam kita akan memasuki tahun baru bagi kalendar islam..
Aku mengucapkan "Salam Maal Hijrah..1431H kepada semua yang beragama islam.. Semoga hari2 mendatang lebih baik dari hari semalam..Amin.."

Time Kasih Banyak2.............

Kat sini aku nak ucapkan banyak2 time kasih pada kawan aku ni.... INTAN.. Dia dah bagi aku web site untuk mencantikkan blog aku ni... "TIME KASIH BANYAK2 YE INTAN!!! Jasamu tetap kukenang..
Payah aku nak memilih background blog ni.. Banyak sangat yang cantik2.. Dah ramai kawan aku yang memuji.. Tak tahulah sampai bila aku boleh bertahan dengan background ni.. weh!weh!weh!

Wednesday, December 16, 2009

Mengimbau Kenangan Silam...

Sekarang ni aku tak tahu kenapa tiba2 aku teringat zaman masa persekolah dulu.. Alangkah seronoknya masa tu.. Kawan2 sama2 bergelak, berketawa.. Aku rindukan waktu semua tu.. Ni je gambar yang aku dapat masukkan.. Tapi kurang menarik.. Biasalah gambar dah lama..

Nila sekumpulan kawan baik aku.. gambar ni penghujung Form5.. Last paper SPM.. Bergambar kenangan.. Kawan sekelas aku Form 4 dan Form 5.. Masa ni dia orang datang rumah aku masa Hari Raya.. Semuanya dah kahwin..

Alangkah seronoknya zaman persekolahan.. Aku rindukan kawan2 aku semua.. Kemanalah korang sekarang ni ye... ish!ish!ish!

Menu minum petang...

Petang semalam menu minum petang aku buat cekodok je.. dah lama rasanya aku tak makan cekodok.. Rasa teringin pulak nak makan..
Suami aku pulak panggil jemput2.. Mula2 kahwin dulu aku ingat lagi suami aku suruh buat jemput2.. Aku ingat apalah jemput2 tu.. Rupanya cekodok.. Bahasa orang melaka kot.. Tapi aku dengar ada tempat2 lain pun panggil jemput2 jugak.. Apa2 lah asalkan benda yang sama..

Memang jadi kebiasaan aku.. aku akan menyediakan minum petang untuk keluarga aku.. Dah terikut cara emak aku.. Bila petang wajib ada sessi minum petang untuk keluarga.. Suami aku pun dah terbiasa.. Biasalah masa dia bujang dok bujang jadi makan pun tak tentu.. tak heranlah bila dah kahwin badan dia naik mendadak.. hehehe..

Tuesday, December 15, 2009

Melayan Perasaan....

Hari ni aku tengok orang2 dalam opis ni semuanya tengah melayan perasaan.. Termasuklah aku.. tepi aku, belakang aku.. dengar lagu2 yg mendayu-dayu.. Aku pulak layan lagu lama2.. Syok juga dengar lagu lama2 ni sekali-sekala.. CINTA BANDAR TASIK SELATAN.. dah lama tak dengar lagu ni... menusuk kalbu...!!!!

"Tiada apa yang dapat kurasakan
Selain dari cintaku..padamu..
Tiada Lafaz sendu yang terindah
Yang dapat kugambarkan padamu..

Bersama janji kita dipadukan
Seindah rindu yang dirasakan
Iringan bayu senja yang bertiup
Membisikan cintaku padamu...."