Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 6, 2010

Hari Inovasi Jabatan..

Pada 11 Februari 2010, Bahagian aku menjadi Urus Setia Hari Inovasi Jabatan.. Jadi perkara biasa kalau ada majlis besar-besaran macam ni Bahagian aku yang akan uruskannya.. biasalah dah namanya BAHAGIAN KORPORAT.. Redha jela..

Kadang2 rasa penat juga dok Bahagian ni.. Tapi nak buat camner, rezeki aku dah dapat untuk menjalankan tugas untuk Bahagian ni jd aku terima jela.. Alhamdulillah..

Mula2 memang rasa tak boleh nak terima suasana Bahagian ni.. kerja sumernya kena express.. jadi Alhamdulillah buat masa ni aku dah selesa dengan keadaan suasana Bahagian aku ni..

Tugas-tugas Bahagian ni sumer menggunakan mental dan fizikal.. jadi kena banyak bersabarla..

Itu jela serba sedikit tentang Bahagian aku.. kalau aku nak cerita, panjang lebar jdnya...

Hari ni aku saje nak entry gambar2 aku sama dgn sebilangan geng2 aku yg menjadi sebalik takbir Hari Inovasi tu.. Tahniahla pada semua lapisan Pegawai Bahagian aku yang bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis tu.. Semoga Tahun2 yang akan datang kita akan menguruskan lebih baik lg.. Tahniah untuk semua.. Chewah!! (Mengalahkan Pengarah nampak) hihihi!!


Aku Bersama dengan Mieza & NidaDalam sibuk-sibuk sempat lagi berposing.. hehehe.. Bergambar dengan Faridahwati, Miza dan Kawan yg sehati dan sejiwa.. Nida & Ayu.. huhuhu!!

Thursday, March 11, 2010

Happy Anniversary....

Assalammualaikum...
Hari ini genap usia perkahwinan aku 4 Tahun... Alhamdulillah.
Aku doakan Semoga Perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat, Bertambah lagi rezeki kami dan sentiasa dalam Keharmonian..Amin.

DOA SUPAYA MENDAPAT HIDAYAH YANG BERKEKALAN:

"Ya, Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kamu sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya engkau pemberi kurnia."

DOA UNTUK KESELAMATAN DUNIA DAN AKHIRAT:

"Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi sandaran segala urusanku, perbaikilah duniaku yang menjadi tempat penghidupanku. Perbaikilah akhiratku, sebagai tempat aku kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambatan setiap kebaikan untukku dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan dari setiap kejahatan untukku."

Tuesday, February 9, 2010

Meningkat lagi Umur Aku...

Hari ni genap umur aku 29 Tahun... Alhamdulillah... Aku bersyukur pada Allah kerana Dia telah panjangkan umur aku hingga ke hari ini...
Aku cukup bahagia dengan kehidupan aku... Aku seorang Isteri kepada suamiku.. Seorang Ibu kepada anakku, seorang anak kepada Ibubapaku dan juga seorang adik dan kakak bagi seluruh adik beradikku...
Aku cukup bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang penyayang.. dan aku berkahwin pun dgn seorang yang kuat dgn sifat penyayang dan cukup bertanggungjawab dalam keluarga.. Alhamdullillah!! Aku harap apa yang aku kecapi sekarang ini akan kekal hingga ke akhir hayatku...
Kepada suamiku... "Diriku ini hanya untukmu seorang... Aku harap kasih sayang kita akan kekal hingga ke Akhirat... Andai aku pergi dulu darimu akan ku 'Tunggumu hingga ke PINTU SYURGA'..."
Aku Bersyukur atas segalanya....

Friday, February 5, 2010

Birthday Erra 'N' Harissa

Hai.. Sekarang ni mood nak berblog mmg kureng sikit.. mayb awal2 tahun ni ada bz sikit.. Jangan kata orang kerja kerajaan takde kerja... Aku bukan camtu ye..
Hari ni aku nak citer pasal birthday 2 org anak buah aku yang diadakan pada 17 Januari 2010 hari tu dekat rumah emak aku di Gombak.. Dah besar2 anak2 buah aku sumer.. Cepatnya masa berlalu..

Masing2 standby untuk acara permulaan.. Sebelum tu posing dulu depan kek.. hehe!! anak aku yang pakai baju oren tu.. pantang nampak kamera sampai ternganga mulut.. Time ni tak ready lgla.. "Candid" Acara memotong kek dah bermula.. Kek buatan kakak ipar aku.. Mummy n Abah pun nak posing gak.. hehe!! Birthday girl posing dengan hadiah-hadiah...

Tuesday, January 19, 2010

Telatah Anak Aku...!!!

Hai! dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. Semenjak akhir2 ni mood nak berBlog ada kureng sikit.. sekarang ni rindu pulak aku dengan blog aku ni..
Hari ni aku nak entry gambar2 masa aku N family pergi makan2 dekat McD di Damansara Damai.. Sesiapa yg ada anak kiranya ada keselesaanla untuk makan dekat McD ni sbb ada kawasan untuk anak2 bermain sekali.. "sila jemput makan sumer..." Sambil makan sempat lagi berposing... Dua Insan kusayang.. Jom kita lumba minum.. (Air minum anak lg besar dari ayahnye..)
"emm..sedapnye...!!!"
"chakk..!!""bestnye main2 kat sini.."
"byknye mainan kat sini..sumernye ada.."
"Hai kawan2 sumer..datangla dekat sini..main dengan athirah..best main2 dekat sini..sape tak datang dekat sini rugi kalau datang setakat makan je tak main2 dekat kawasan permainan ni..."

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah..........

Lagi beberapa jam kita akan memasuki tahun baru bagi kalendar islam..
Aku mengucapkan "Salam Maal Hijrah..1431H kepada semua yang beragama islam.. Semoga hari2 mendatang lebih baik dari hari semalam..Amin.."