Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 10, 2011

Bermulanya Dua Hati Menjadi Satu...

Hai semua... Memandangkan esok Hari Anniversary aku yang ke 5 tahun jadi aku nak ceritalah serba sedikit tentang permulaan perkenalan aku bersama suami aku...
Aku mula berkenalan dengan suami aku ketika sama-sama bekerja di Sektor Swasta di Segambut, Kuala Lumpur.. Hendak dijadikan cerita, kami bercinta kira lamalah juga dalam 5 tahun.. Tarikh 20 Ogos 2000 menjadi tarikh keramat bermulanya ikatan cinta kami dan itulah kali pertama aku keluar dating bersama suami aku... Tempat pertama aku dating di Taman KLCC.. Banyak kenangan pahit dan manis selama 5 tahun itu.. Suami aku seorang anak yang sulung jadi aku kena banyak bersabar akan tanggungjawabnya.. Alhamdulillah dengan kesabaran dan keutuhan cinta yang kami bina maka tiba juga Mahligai yang kami impikan.. Disini aku en3kan gambar-gambar kenangan dari mula berkenalan hinggalah kami melangkah ke Jinjang Pelamin....

Selepas lebih kurang sebulan dari tarikh tersebut, company kami buat trip di Pulau Pangkor.. Jadi kami pun tak lepaskan peluang join juga trip tu..hehehe...

Gambar ini semasa team company aku ada perlawanan bola dengan team TNB...

Majlis Dinner company aku... (kurusnya aku time ni) hehehe...!!

Masa ni nak celebrate Birthday aku yang ke-21 tahun di Taman Tasik Titiwangsa..

Inilah kek yang mengenyangkan kami.. ada kata-kata dari suami aku yang tak boleh aku lupakan tentang kek ini... Sorry ye aku rasa tak boleh tulis dalam en3 aku ni.. hehehe..

Emm... sedapnya... cincin dijari manis tulah hadiah aku semasa birthday ni...

Gambar pun dah lama jadi kotor sikit... hehehe..!!

Selepas dua minggu dirisik maka 12 Jun 2005 kata sepakat kami ditunangkan...

Pada 11 Mac 2006, kira-kira selama 9 bulan kami ditunangkan maka lebih kurang dalam pukul 3 petang kami dinikahkan... Alhamdulillah.. Akhirnya betapa sucinya cinta kami disatukan... Bermulalah aku digelar seorang isteri kepada seorang yang bernama Noor Rashidi Amir..

Lafaz wakallah dari ayahanda tercinta...

Sejarah yang menjadi kamus kehidupan kami yang tidak akan dilupakan....

Alhadulillah... semuanya sudah selamat....

Ketika membatalkan air sembahyang...

Bersalam bagi ucapan terima kasih untuk suamiku...

Bergambar bersama hantaran-hantaran kami..

Bergambar bersama setelah bergelar suami dan isteri....

Muka seorang yang sudah digelar isteri.... hehehe..!!

Pada sebelah petangnya dan sambungnya selepas maghrib, sessi tukar2 pakaian pulak... sessi ini suami aku tak join.. jadi aku sorang jelah memperagakan pakaian-pakaian yang tak pernah aku pakai selama ini... hehehe..!!

Macam org india ker??? hehehe...!! (takde langsung)

Semasa selepas isyak pada sebelah malam, acara malam berinai pula... hehehe... (pink color)..

Pada keesokan harinya bermulalah di hari kemuncaknya Majlis aku... memandangkan ketika ini abang yang atas aku baru lepas kahwin jadi majlis bertandang dia sama dengan majlis perkahwinan aku.. jadi masa ini ada empat pengantinlah pada hari ahad 12 Mac 2006....

Ketika ini pengantin baru sampai....

Aku bersama dengan abang aku... Faizal..

Inilah pengantin empat... Hijau dan kuning....

Bersama kawan yang rapat semasa aku sekolah dulu... Hanafi bersama wife (Intan), Fatimah bersama Husban (Rashid), Norizal dan Shahidan... Sekarang ni semuanya dah sehaluan dengan aku... dah ada keluarga sendiri....


Bergambar bersama keluarga aku yang tercinta...

Makan beradap... time2 macam ni abang aku boleh buat lawak pulak... apalah yang lucu sgt tu... hehehe

Selepas habis makan... kenyang2 lapar... hehehe... (tak lalu pun nak makan lauk2 pengantin ni..)

My Hero.... hehehe!!

Phewiitt...!! ketika selepas bersanding (muka pun dah berminyak)...

Setakat ini saje en3 aku kali ini.. Sempena tibanya Hari Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke 5 tahun ini, aku berharap hidup kami akan sentiasa ceria, sentiasa mendapat rahmat serta dilindungi olehNya dan akan berkekalan di Dunia dan Diakhirat.....
Kepada suamiku... NOOR RASHIDI AMIR BIN SULAIMAN, aku cukup bahagia berada disampingmu... Aku cukup bersyukur menjadi isterimu maka dengan ikatan kita yang suci ini kita akan kekalkan untuk kita akan mengiringi hingga ke SYURGA nanti... InsyaAllah...!!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me