Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 1, 2011

Begitu Pantas Masa Berlalu...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Esok, bersamaan 2 Julai 2011 genap 9 Tahun aku menjadi seorang Penjawat Awam. Selama 9 Tahun ini banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku tempuh. Alhamdulillah cabaran demi cabaran aku dapat mengatasinya.. Semoga selama 9 Tahun ini rezeki yang aku terima diberkati oleh Allah swt. Aku cukup bersyukur di atas semua GANJARAN yang telah Allah swt berikan.. ALHAMDULILLAH...

Tanggal 2 Julai 2002, aku melangkah ke Sekolah Menengah Teknik (ERT) Setapak, Kuala Lumpur dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaporkan diri. Semasa itu umur aku baru berusia 21 Tahun. Berkhidmat di sebuah Sekolah Menengah Teknik banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi. Di Sekolah, aku ditempatkan di Pentadbiran. Tugas aku seperti Merekod keluar masuk surat, Menguruskan Sistem Fail dan Membantu menguruskan Perkhidmatan Guru2 dan Kakitangan Bukan Guru dalam urusan Perlantikan, Pengesahan dalam Perkhidmatan dan Urusan Pembayaran Gaji. Tugas aku memang cukup padat. Setiap saat cukup berharga aku rasakan. Memandangkan di Sekolah ini terdapat anggaran 75 orang Guru dan 25 orang bukan Guru. Alhamdulillah setiap tugas yang diberikan dapat aku siapkan pada masa yang ditetapkan.

Di Sekolah, Big Bos aku adalah PENGETUA. Beliau seorang yang tegas dan selalu memberikan nasihat. Daripada nasihat beliaulah membuatkan aku bersemangat untuk belajar dan terus belajar. Aku bermula daripada "0". Alhamdulillah dengan semangat aku mahu belajar daripada orang yang paling senior daripada aku dan menghadiri kursus2, Alhamdulillah.. Aku berjaya melakukan setiap tugas yang diberikan dan membuatkan Bos aku senang hati. Dan aku selalu menjadi sumber rujukan.. Malahan dari Pengetua sendiri, Guru2 dan rakan2 Kakitangan Bukan Guru. Padahal aku bukanlah seorang yang berGRED tinggi..

Pada Tahun 2006, adalah tahun yang paling menggembirakan aku... Setiap Kerja yang aku lakukan mendapat pengikhtirafan. Aku mendapat ANUGERAH PERKIHDMATAN CEMERLANG pada tahun itu. Memang susah untuk mendapat pengikhtirafan daripada anggaran 100 Warga Guru dan Kakitangan Bukan Guru,aku yang terpilih. Masa itu aku berkhidmat baru 4 Tahun. Ramai lagi pegawai yang lagi senior daripada aku tapi mereka tidak diikhtirafkan lagi. Aku tahu sudah ditakdirkan rezeki aku.. Aku terima.. Alhamdulillah.. Nisbah untuk Anugerah tersebut adalah 5 Guru dan 2 Kakitangan Bukan Guru. Aku cukup bersyukur di atas Rezeki yang Allah swt berikan.. Tambah lagi tahun itu adalah tahun aku melangsungkan perkahwinan.. dan sebulan lepas itu aku mengandung.. dan aku redha kerana anak yang aku kandungkan lahir tidak cukup bulan. Aku cuma sempat mengandungkannya selama 27 minggu (61/2 bulan). Anak aku hidup hanya selama 2 hari. Aku pasrah diatas segalanya. Dan aku berpuas hati kerana aku dapat melahirkan dia secara normal walaupun aku dapat melihatnya hanya selama 2 hari. Dengan lahirnya dia, aku namakan NUR SHUHADA. Nama yang tidak kami rancang. Aku percaya setiap yang GEMBIRA mesti ada KESEDIHAN. Aku redha di atas apa yang terjadi walaupun hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Mustahil tidak sedih.. Orang berpantang ada anak tapi aku berpantang sendirian. Aku tetap gagahi jua sebab aku pecaya qada' dan qadar.. Itu semua DIARI kehidupan aku di Dunia ini..

Berbalik pada aku berkhidmat di Sekolah.. Aku cukup senang dengan Guru2 dan Rakan2 Bukan Guru di Sekolah tersebut. Mereka cukup baik dengan aku. Dengan itu tidak mustahil semasa aku kahwin banyak betul hadiah yang aku dapat.. Bak kata suami aku" Nak sampai separuh Bilik dah hadiah kita" hahaha.. Kebanyakkan daripada Rakan2 yang sama berkhidmat di sekolah. Bila aku dapat melahirkan anak aku yang no. 2 (termasuk yang meninggal) hadiah pun banyak dapat daripada Guru2 ni. Mungkin mereka cukup senang dengan diri aku ini.. Murahnya rezeki yang Allah berikan.. Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan kehidupan aku berkhidmat di sekolah sungguh menyeronokkan.. Malahan aku tidak pernah rasa kenangan pahit selama aku berkhidmat di sekolah ini..

Dalam keseronokan aku berkhidmat di sekolah, perjalanan kehidupan aku perlu diteruskan. Awal Februari 2009 aku terima surat kenaikan pangkat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Aku bersyukur kepadamu Ya Allah.. Aku bersujud dan sentiasa berdoa kepadaMu, doaku dimakbulkan.. Alhandulillah.. dan inilah hadiah Hari Lahir ku yang paling istimewa yang kurasakan.

Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan tempat yang banyak memberikan kenangan manis pada diri aku. Perjalanan hidup aku perlu diteruskan. Perasaan teramat sedih ketika tiba harinya Majlis Perpisahan. Semua warga sekolah meraikan aku semasa Perhimpunan Sekolah. Sungguh ramainya yang meraikan perpisahan untuk diri aku.. Sungguh sayu aku rasakan. Kata2 semangat yang aku terima masih terngiang2 ditelinga. Mereka cukup baik dengan aku sehinggakan sekarang aku tidak pernah dan tidak akan melupakan mereka.

Tanggal 31 Mac 2009, aku melaporkan diri Jawatan aku yang baru. Aku melaporkan diri di Lembaga Lebuhraya Malaysia. JPA menyewa dewan di LLM itu kerana post aku ketika itu paling ramai. Lebih kurang 2000 orang. Sampaikan jalan dari Tol Kajang ke Putrajaya sesak.. Pada sebelah petangnya aku mendapat surat penempatan di kementerian. Aku ditempatkan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Pusat Bandar Damansara. Pada petang itu juga aku bergegas untuk melaporkan diri ke Kementerian aku yang baru. Semasa aku melaporkan diri ini suami aku yang menghantarkan aku, itu semuanya menjadi mudah. Terima kasih untuk suami aku. Itulah yang membuatkan aku bertambah-tambah sayang padanya. hehehe.. Di KPKT aku berkampung disana (post ke KPKT lebih kurang dalam 200 orang) dalam seminggu. Pada hari terakhir aku dapat penempatan di Jabatan pula. Aku ditempatkan di Jabatan aku sekarang inilah.. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (JPBDSM). Pada hari pertama aku melaporkan diri di Jabatan aku yang baru ini aku belum mendapat penempatan untuk ke Bahagian2 lagi. Seingat aku hari ketiga baru aku terima kerana Ketua Seksyen Sumber Manusia ketika itu Outstation. Yang mendapat penempatan di Jabatan ini seramai 4 orang.. Kawan2 aku yang sama2 melangkah ke JPBD ialah Raja Noorhasniza, Norsakinah dan Apriana. Ketika itu yang kosong hanyalah Seksyen Sumber Manusia, Seksyen Kewangan dan Bahagian Korporat. Aku ditempatkan ke Bahagian Korporat bersama Apriana. Memang aku minta sebenarnya sebab kalau aku duduk di Seksyen Sumber Manusia dan Seksyen Kewangan aku rasa tugasnya lebih kurang sama dengan Tugas aku yang dulu. Sebab di Sekolah dulu aku buat kerja seperti di SSM dan SK tapi hanya untuk 100 orang guru dan kakitangan bukan guru sahaja. Jadi di Bahagian Korporat ini aku dapat menambahkan lagi pengalaman.

Di Bahagian Korporat, mulanya aku diletakkan di Unit Komunikasi Korporat selama lebih kurang sebulan. Selepas itu aku ditempatkan di Unit aku sekarang, Unit Kualiti, Keurusetiaan dan Penyelarasan.. Di Bahagian Korporat, setiap tugas yang diberikan perlu diselesaikan dengan cepat dan tidak boleh bertangguh-tangguh. Memandangkan Pengarah kami seorang yang tegas dan bersistematik, jadi kami dibawahnya perlu akur dengan caranya. Alhamdulillah selama aku berkhidmat bersama beliau aku dapat melakukan tugas seperti yang diperlukan. Di tempat baru ini yang menyeronokkan apabila kami perlu outstation dan terasa penat juga.. Yang seronoknya boleh cuci2 mata ditempat orang yang penatnya kena bekerja dari pagi hinggalah ke malam.. Ada kalanya hingga pukul 1 ke 2 pagi.. Tapi aku cukup puas hati.. Kami selalu melakukan tugasan secara team work.. Itu yang lebih merapatkan kami 1 Bahagian.. aku cukup suka di tempatkan di Bahagian aku sekarang.. Rakan2 di Bahagian aku ini pun aku cukup senang sekali.. Sampai di saat ini tidak pernah lagi terlintas difikiran aku untuk menukar ke Bahagian2 lain atau di Kementerian2 lain.. Semoga Allah memberkati REZEKI untuk AKU SEKELUARGA..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Tahniah kepada 2 orang ex-Bos aku iaitu Pengetua, Hjh. Zaliha Abd. Wahid yang telah dianugerahkan PENGETUA CEMERLANG dan juga Pengarah, Hjh. Rokibah Abdul Latif yang telah dinaikkan pangkat ke JUSA C. Dua insan inilah yang sentiasa memberikan nasihat untuk aku terus belajar sambil meniti perjalanan supaya aku berjaya di masa akan datang. Terima kasih juga kepada semua rakan2 yang telah menjadi sebahagian dalam hidup aku.. TERIMA KASIH SEMUA...

Keceriaan kami ketika berHari Raya..

Majlis Perpisahan bersama Pengarah aku kerana beliau dinaikkan pangkat. Ketika ini memang sedih sungguh aku rasakan. Tetapi apakan daya.. Perajalanan perlu diteruskan..

Terpancarnya keceriaan diwajah kami.. Seperti 1 Keluarga..

Inilah rakan2 yang paling rapat diketika ini.. Kak Shima, Kak Asmaria, Ayu dan Nida.. Bila kemana-mana mesti berlima-lima.. tidak ada yang tinggal.. muat untuk satu kereta.. Yang pentingnya hobi kami sama...iatui.. SHOPPING......!!hehehe..

Ok, setakat ini saje aku mengarang.. lama dah tak mengarang panjang2 semenjak dah tinggal zaman persekolahan.. Harap tak letihla membacanya ye.. sampai bertemu kembali..daaaa..

Wassalam......

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me