Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19, 2011

Makan..Makan..and Makan....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ini dalam opis aku ramai yang takde.. Ada yang outstation.. ada yang berkursus dan ada juga yang bercuti.. Hanya tinggal 3 orang aje termasuk aku yang tinggal.. Memandangkan aku seminggu tak masuk opis sebab peksa dengan sambung bercuti Hari Wesak hari tu jadi giliran aku pulak yang menjaga opis...

Berkesempatan ini aku sempatlah berblogger sekejap.. hehehe..!!


Hari ini aku nak en3kan gambar2 aku dengan best friends aku lunch di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur. Semua orang tahukan mana letaknya Hotel itu.. Mana yang tak tahu kat sini aku bagitahu yang Hotel itu terletaknya di Jalan Pahang berhadapan dengan Hospital Kuala Lumpur.. Tempat aku dilahirkan..


Makanan dekat sini memang sedap2 berlaka.. aku dah banyak kali juga makan dekat Hotel ini.. sama ada hi-tea ataupun aku berkursus disini.. Memang kenyang perutlah bila berkursus dekat Hotel ni.. Makanan dia memang menyelerakan..


Inilah dia sebilangan makanan yang dijamu untuk kami.. Ada lagi yang tak snap..


Makanan yang dah masuk ke dalam perut kami..hahaha..!!



my feberet... Laksa...emmmmm..sedapp..!!


Inilah best friends saya... sebelah Kak Shima, tudung kuning kak Asmaria, tudung hitam Ayu dan Hujung sekali tudung pink Nida...


Aku dengan Kak Shima..




Makan-makan pun gambar tetap bergambar..


Orang yang dah kekenyangan.. Nak habiskan bubur tu pun satu penyeksaan.. hahaha..!!


Jumlah yang perlu dibayar.. Memandangkan 3 orang dari kawan2 aku ni baru berkursus di Hotel ini jadi mereka dapat baucer diskaun untuk makan disini. jadi kami pun dapatlah diskaun sehingga 30% dari jumlah bayaran.. Alhamdulillah...


Kakak yang paling SULUNG kena bayar setelah KUTIP dari ADIK2nya.. hahaha.. yang bestnya kitorang bayar separuh aje.. selebihnya kakak yang SULUNG membayarnya memandangkan hari Jadinya masa tu.. Ikutkan besday girl yang diblanja tp besday girl yang kena blanja... hehehe...!! best2..!!


Aksi orang kekenyangan..


Memandangkan dah terlampau banyak makan jadi bila malan aku dah tak berselera nak makan sebab dah kekenyangan.... Tak tahu berapa kalori dah ada dekat dalam badan aku.. Makanan pun dah bercampur-campur dalam perut ni.. hahaa..!!


ok, sampai disini saje... lain kali aku bercerita lagi ye..daaaa..!!

Tuesday, May 17, 2011

Kursus "Team Building" Hari Terakhir..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Bersambung kita pada part yang terakhir pula iaitu Hari Terakhir aku berkursus di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Ulu Langat Selangor..
Dipersilakan untuk melihat en3 yang saya pamerkan untuk hari terakhir ini ye...hehehe..!!


Merenung jauh nampak... Tak sabar untuk menunggu Tengahari.. Masa untuk pulang ke rumah....
Bergambar sebelum masuk ke dewan untuk sesi pagi Hari yang terakhir..

Bergambar di dalam dewan sebelum kelas bermula..

Bersama group yang bersemangat waja...hehehe...
Sesi Senamtari... kelakar giler time ni.. kena gilir2 buat macam2 jenis senaman... Macam2 ragam ada...

Selepas selesai menguji diri.. tibala masa dipenghujung acara.. Acara penyerahan sijil.. setiap peserta akan mendapat sijil yang bukan untuk dirinya sendiri tapi dia kena beri sijil tersebut kepada nama yang tertera di sijil tersebut.. Jadi kita seperti dihargai..

Bergambar setelah mendapat hadiah... Besar hadiah tu.. puas aku makan.. hehehe..
Bergambar kenangan bersama Fasilitator dan urusetia...

Acara BEBAS..
Bergambar kenangan bersama my bestfriends dihadapan chalet untuk terakhir kali sebelum pulang...
Sebelum menaiki bas...

Di dalam bas.. emmm sedapnya makan ice cream.. FREE memanglah sedap..hehehe..!!
Sudah sampai ke destinasi yang dituju.. Hubby dah tunggu jadi melangkah pun cepatlah ke kereta untuk pulang ke rumah.. hehehe..!!

Kesimpulannya..
Aku banyak mendapat pengajaran dalam menghadiri kursus ini.. Mengetahui tentang diri sendiri.. Mempelajari tentang kehidupan sehari-harian.. tidak kira untuk diri sendiri malahan untuk keluarga aku sendiri..
Kursus ini adalah yang terbaik daripada kursus-kursus yang pernah aku hadiri sebelum ini. Dengan ilmu yang telah aku pelajari ini akan aku ikuti untuk menempuh hari-hari seterusnya.. InsyaAllah...

Wednesday, May 11, 2011

Kursus "Team Building" Hari Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Hari ni aku nak sambung untuk en3kan gambar2 aku kursus Team Building hari tu.. Kali ni aku en3 gambar2 Hari Kedua aku berkursus...


Masa ni awal pagi.. tengok tu kabus masih tebal lagi..

Bergambar semasa hendak ke Dewan Makan untuk bersarapan pagi..

Selepas kenyang perut bergambar lagi sebelum ke Dewan untuk sesi hari kedua pula..
Sesi pertama.. Taklimat ISO oleh En. Fazli.. Pen. Pengarah aku..

Masa ni sesi untuk hilangkan ngantuk... mcm2 karenah ada..

Sesi perkenalkan kumpulan masing2..

Ke Dewan makan untuk makan tengahari.. sambil berjalan tu ada pulak yg mempamerkan ular.. sempat menyinggah tp aku dakla...geliiiii....!! (takut pun ada..) hehehe..!!
Rehat sekejap menunggu masa untuk solat Zohor..

sebelum sesi petang bermula sesi urut mengurut pulak... syok badan kena urut... macam2 ragam ada...

permainan yg menguji kecekapan... aku pun tak ingat nama apa permainan ni... hihihi..!!

Bersiap sedia untuk main Paintball..best2..
Menaiki bukit sebelum ke gelanggang Paintball.. 3 kali aku rasa betis aku ni nak kejang.. dah lama takde aktiviti mcm ni.. dulu masa sekolah selalu jugak daki gunung.. Last aku daki Gunung Angsi dekat Ulu Bendol, Negeri Sembilan..seronok betul..!
Sebelum tu dengar Taklimat dulu dari Tenaga Pengajar..

Inilah pemain profesional yang terkemuka...hahaha...!!

Ready untuk bermain Paintball....

Chayok2... Main2 dah tinggalkan kesan peluru dekat peha aku... Adusss...!! kebiruan jadinya.. hampir seminggu baru hilang kesannya...

Sesi pada malam hari.. Sesi Menepok tangan dekat meja.. adalah rentaknya..best betul.. Namanya Mentor dan proteje.. Aku mentor, kawan aku ayu.. Proteje.. Kalau Proteje silap buat teknik Mentor yang kena baling dengan kertas yang sudah digumpal menjadi sebiji bola kecil.. Nasib baik aku tak kena...hehehe..!!

ok.. sampai disini saje.. Nanti aku upload untuk hari yang ketiga.. iaitu hari yang terakhir ye..daaaa....!!

Tuesday, May 10, 2011

Kursus "Team Building" Hari Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....
Hari ni aku nak en3 gambar2 semasa aku berkursus pada 29 April hingga 01 Mei 2011 di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat.. Badget tak seberapa kali ini jadi kami berkursus tempat yang dekat sahaja. Kursus ini paling best dari kursus2 yang pernah aku hadir sebelum ini.. Mungkin disebabkan kursus kali ini semua lapisan pegawai Bahagian aku terlibat sama jadi mungkin kursus kali ini begitu seronok sekali.. Team yang begitu sporting sekali...

Masa ini baru sampai.. Habis waktu bekerja dalam pukul 5.00 ptg kami terus bertolak..Sampai-sampai sahaja dalam pukul 6 lebih sikit terus mengisi perut minum petang merangkap makan malam..

Masa ni ready nak masuk ke bilik..Penginapan kami di sebuah chalet yang cukup aman sekali..

Bergambar didepan chalet kami.. Macam diluar negara pulak kan...

Bergambar di dalam chalet kami.. Dalam chalet kami ada 4 buah katil jadi kami duduk 4 orang dalam satu chalet... Memang sejuk betul tido dalam chalet ni sampai aku pakai 2 lapis baju.. Nak mandi pun macam air batu rasanya... sejukkkk...!!

Pembelajaran pertama sudah bermula pada malam harinya... Communication Skill... Nak tergeliat lidah kena speaking English je... Seronok juga....

Cikgu yang mengajar kami.. Aku cukup suka cara dia mengajar.. bulat2 Bahasa Inggeris bila dia bercakap jadi kita pun senang faham..

Sesi baru bermula.. Kawan sepejabat aku.. Adib yang akan memulakan satu ayat dan akan di past2 kan kepada kawan sebelah... Orang yang pertama disampaikan oleh Adib adalah akulah... hehehe... Buka besar2 telinga aku mendengar ayat yang disampaikan oleh adib..

2nd bos aku sampaikan pada EO kanan aku... best juga sesi ini.. kelakar pun ada tengok reaksi diorang ni..

Peserta yang terakhir yang sedang mendengar AMANAT...hahaha..

Peserta yang terakhir perlu terus tulis perkataan tersebut di white board...

Cikgu kami membetulkan balik ayat yang telah kami hasilkan sehingga penghujung peserta.. Kelakar betul ayat yang terakhir tu.. aku pun lupa dah ayat tu.. tapi maksud dia betul2 kelam kabut... hahaha..!!

Berkursus-kursus juga.. Bergambar-bergambar juga...hehehe..!!

Bergambar selepas habis pembelajaran di waktu malam hari Pertama..

Time pembelajaran habis je.. apalagi... sesi minum malamla... Kursus ni biasalah makan tetap cukup.. 6 kali sehari.. jadi tak heran kalau pergi kursus ni berat badan pun naik..hahaha...!!

Ok, setakat ini sahaja aku ceritakan untuk Hari pertama aku berkursus.. Ada kesempatan nanti aku upload lagi gambar2 untuk hari selepasnya pula ye... daaaaa...!!