Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....
Hari ni aku nak en3 gambar2 semasa aku berkursus pada 29 April hingga 01 Mei 2011 di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat.. Badget tak seberapa kali ini jadi kami berkursus tempat yang dekat sahaja. Kursus ini paling best dari kursus2 yang pernah aku hadir sebelum ini.. Mungkin disebabkan kursus kali ini semua lapisan pegawai Bahagian aku terlibat sama jadi mungkin kursus kali ini begitu seronok sekali.. Team yang begitu sporting sekali...

Masa ini baru sampai.. Habis waktu bekerja dalam pukul 5.00 ptg kami terus bertolak..Sampai-sampai sahaja dalam pukul 6 lebih sikit terus mengisi perut minum petang merangkap makan malam..
Bergambar di dalam chalet kami.. Dalam chalet kami ada 4 buah katil jadi kami duduk 4 orang dalam satu chalet... Memang sejuk betul tido dalam chalet ni sampai aku pakai 2 lapis baju.. Nak mandi pun macam air batu rasanya... sejukkkk...!!
Pembelajaran pertama sudah bermula pada malam harinya... Communication Skill... Nak tergeliat lidah kena speaking English je... Seronok juga....
Cikgu yang mengajar kami.. Aku cukup suka cara dia mengajar.. bulat2 Bahasa Inggeris bila dia bercakap jadi kita pun senang faham..
Sesi baru bermula.. Kawan sepejabat aku.. Adib yang akan memulakan satu ayat dan akan di past2 kan kepada kawan sebelah... Orang yang pertama disampaikan oleh Adib adalah akulah... hehehe... Buka besar2 telinga aku mendengar ayat yang disampaikan oleh adib..
2nd bos aku sampaikan pada EO kanan aku... best juga sesi ini.. kelakar pun ada tengok reaksi diorang ni..
Cikgu kami membetulkan balik ayat yang telah kami hasilkan sehingga penghujung peserta.. Kelakar betul ayat yang terakhir tu.. aku pun lupa dah ayat tu.. tapi maksud dia betul2 kelam kabut... hahaha..!!
Time pembelajaran habis je.. apalagi... sesi minum malamla... Kursus ni biasalah makan tetap cukup.. 6 kali sehari.. jadi tak heran kalau pergi kursus ni berat badan pun naik..hahaha...!!
Ok, setakat ini sahaja aku ceritakan untuk Hari pertama aku berkursus.. Ada kesempatan nanti aku upload lagi gambar2 untuk hari selepasnya pula ye... daaaaa...!!
Ok, setakat ini sahaja aku ceritakan untuk Hari pertama aku berkursus.. Ada kesempatan nanti aku upload lagi gambar2 untuk hari selepasnya pula ye... daaaaa...!!
No comments:
Post a Comment
Thank You For Your Comment To Me