Hai semua... hari ni aku saje nak mengimbas kembali wajah ex-Bos aku.. Hari ini bermulalah semua warga Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia Berkhidmat tanpa Big Bos a.k.a Pengarah..
Suasana di Unit aku hari ni terasa sunyi... Tiada teriak suara kemarahan, ketidakpuasan, kehendikan dari suara dari Insan yang digelar Pengarah ini.. Memandangkan bilik Bos aku ni terletaknya di Unit aku... Aku bukannya nak mengecil-ngecilkan ex-Bos aku ini tapi bohonglah aku jika satu hari tiada nada-nada seperti di atas walaupun hanya sekali...
Aku pun tak tahu pemergian ex-Bos aku berhijrah a.k.a naik pangkat ke Bahagian lain aku cukup terasa ketidak adanya dia di Bahagian aku.. Sebelum ni aku pun pernah berkhidmat ditempat lain tp mungkin tempat tu aku yang meninggalkannya.. Itu yang aku tidak terasa sangat.. lagi pun ex-Bos aku ditempat kerja lama cukup lembut tapi tegas juga.. Lebih bersikap keibuan..
Inilah dia wajah ex-Bos aku.. dia seorang yang tegas dan cara dia bekerja memang cukup bersistematik.. Mula-mula ada juga perasaan takut, sentiasa menggelabah bila diberi tugas sebab takut kerja itu silap atau tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan dan akan menimbulkan kemarahan ex-Bos aku ini.. Alhamdulillah sampai ke hari terakhir aku tidak pernah dimarahi oleh ex-Bos aku ini... Walaupun adakalanya dia panggil untuk menghadapnya.. Cuma dia banyak beri tunjuk ajar...
Walaupun suasana kerja di Bahagian aku penuh dengan "ketegasan" aku tidak pernah melatah dan hari-hari aku akan belajar dan terus belajar untuk memenuhi setiap tugas yang diberikan.. Setiap hari aku lebih bersemangat untuk sentiasa melunaskan setiap tugas yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Walaupun ex-Bos aku cukup tegas tapi aku cukup suka cara dia bekerja.. Dengan sikap dia begitu tak mustahil dia maju kehadapan dengan pangkat yang dia ada sekarang..
Walaupun dia sibuk dengan tugasnya tapi kebajikan setiap pegawai bawahannya sentiasa dia berikan walaupun hanya menanyakan pengkhabaran.. Sekurang-kurangnya dapat juga rasa betapa diri setiap pegawai bawahannya dihargai..
Bagi diri aku, aku boleh membuatkan ex-Bos aku ini seperti idola pada kerjaya pekerjaan aku.. Aku mahu berjaya seperti beliau kerana aku pernah berkhidmat dibawah Seliaannya.. Mungkin bagi orang lain tidak berapa suka pada setiap perkhidmatan yang telah dia berikan tetapi setiap pendirian seseorang adalah berlainan..
Inilah saat dan ketika yang tidak akan pernah aku lupakan.. Seorang yang bergelar seorang PENGARAH menyanyi bersama pegawai bawahannya.. inilah pertama kali dan terakhir kalinya kami menyanyi bersama beliau.. Kenangan ini akan tetap bersemat dihati ini..
Kepada sesiapa yang berprasangka BURUK kepada ex-Bos aku ini.. cubalah hentikan.. Bagi aku dia cukup BAGUS.. dan dia pun seorang MANUSIA biasa.. tidak boleh elak dari membuat kesilapan.. Memang adakalanya cara dia boleh membuatkan seseorang itu boleh sakit hati dan merasakan keberibadian dia tak bagus tapi kita kena ingat.. Jika cara dia bekerja TIDAK BETUL.. dia tidak akan berjaya seperti apa yang telah dia kecapi sekarang ini.. daripada hanya seorang pegawai biasa bergred J41 tapi sekarang sudah digelar Pengarah JUSA C dan telah menerima lebih dari 3 pingat dari Sultan2..
Kepada Beliau... Semoga Berjaya My ex-Big Bos... AKU CUKUP BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN DIRIMU.. Walaupun aku hanya dapat berkhidmat bersamamu selama 1 tahun 10 bulan 9 hari... aku cukup mengagumimu... HAJJAH ROKIBAH BINTI ABDUL LATIF..