Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 18, 2011

Tiada lagi Ungkapan "TERIMA KASIH SEMUA.."

Hai, semua... Pada hari ini Perhimpunan Awal Tahun Jabatan aku telah diadakan di Dewan K. R. Soma, Wisma Tun Sanbanthan, Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut telah dianjurkan oleh Bahagian Aku (Bahagian Korporat).
Seperti biasa kami diberi tugas bagi melancarkan perjalanan Majlis tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah diaturkan. Cacat cela serba sedikit..itu biasalah adat setiap majlis.. bukan semuanya 'perfect'..
Inilah kali pertama adakan satu Majlis sebegini tanpa 'big bos' iaitu PENGARAH.. Kami diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan kami.. jadi rasa janggallah juga kerana BOS takde.. kesian kami kan...hehehe...!!

Sempat bergambar dihadapan Dewan sambil menjalankan tugas untuk mengiringi jemputan.. Barisan rakan-rakan seperjuangan yang membantu.. Terima kasih semua... 'Perfect' semua kehadiran.. Cuma ada tersilap sikit pada senarai nama jemputan.. Itu bukan salah kita ye.. Salah STM sebab tak 'up-date'..
MC sedang membuat persediaan... Masa ni Majlis sudah habis.. Barisan Urusetia menjamu selera...
Sedapnyer dua orang anak dara ni makan..
MC dah kelaparan.. hehehe...

Bagi mengungkap kembali tajuk yang aku tuliskan sebenarnya aku teringat pada ex-Bos aku.. Orang kata pada yang lepas jangan dikenang..tapi aku terkenang juga (emosi) hehehe... sebenarnya apabila kami semua warga Bahagian Korporat menjalankan sesuatu Majlis atau Mesyuarat, jika sudah selesai semuanya ex-Bos aku ini mesti akan mengucapkan "TERIMA KASIH SEMUA".. walaupun adakalanya ada juga kekurangan pada Majlis tersebut.. tapi kali ini sudah tiada lagi ungkapan itu diucapkan.. Bukannya untuk mengungkit tapi terasa kekurangannya.. Harap-harap yang akan menggantikan tempatnya seorang yang lebih bagus daripada beliau... Semuanya untuk mengukuhkan Bahagian Korporat seperti yang seadanya ataupun menambahkan lagi keutuhan Bahagian ini yang merupakan Tonggak Jabatan..

Sekian...daaa...!!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me