Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 15, 2011

Rajinnyer anak mama belajar....!!

Hai.. hari ni aku nak en3 aktiviti hujung minggu apabila tak keluar ke mana-mana.. Bila hujung-hujung minggu macam ni tambah lagi hari cuti sama ada aku atau pun suami aku akan mengajar athirah mengenal huruf ataupun nombor.. Biasalah mengajar anak yang umur seperti athirah (3 tahun 1 bulan) kena ada kesabaran yang tinggi.. walaupun adakala tertinggi juga suara ini.. mulalah athirah dah nangis... kesian dia.. nasib baiklah dia tak fed up.. hehehe...!!

Aktiviti mengenal nombor dan huruf menggunakan papan pelekat magnet..

Mewarna bagi padanan setiap nombor...
Ada gaya seorang yang pakar mewarna.. hehehe...!!

Kusyuknyer dia mewarna...

Hai... Angankan apa tu...??? Angankan dah besar nanti boleh jadi Profesor ke (Profesor Dr. Nur Izzah Athirah Binti Hj. Noor Rashidi Amir).. itu sebenarnya angan mamalah.. hehehe...!!

Semoga anak mama ni menjadi seorang yang terpelajar dan pandai menghormati orang lain walaupun dah berjaya disuatu hari nanti.. Mama dan ayah tetap akan mendoakan segala kebaikan untuk dirimu... Permata Hati Mama dan Ayah....

2 comments:

  1. Amboiii..rajinnya athirah belajar yer.Comeii je nampak.Macam budak bijak.Pinjam papan pelekat magnet tu boleh?hehehe..

    ReplyDelete
  2. Boleh... bila ibu aisya nak pinjam? nnt athirah kirim dekat mama ye..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment To Me