Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2011

Melayan karenah anak....

Hai... bersempena cuti Hari Maulidur Rasul hari ini aku tak kemana-mana.. Memandangkan aku ambil cuti semalam jadi aku teruslah bercuti selama 4 hari.. Cuti kali ini aku jadi suri rumah.... memasak, mengemas, melayan anak dan lain-lain lagi.. hehehe.. Semalam aku bawa anak aku bermain di Pusat Hiburan Keluarga di Tesco Manjalara tapi aku lupa nak snap gambar-gambar kat sana maklumlah bukan anak aje yang bermain dekat situ.. aku sekali join sekaki.. hehehe.. Memandangkan masa itu hari kerja jadi takde orang langsung dekat situ..Apalagi anak aku ni habis semua yang ada dekat situ dia main...
Hari ini aku nak en3 aktiviti aku dgn anak aku pagi-pagi tadi.. Selepas bangun tidur dan sarapan dengan belum mandi lagi terus anak aku ajak aku bermain block ini.. Nak ambil hati dia.. aku pun ikutlah.. Punyalah suka dia aku ajar dia buat block-block tu.. aku cuma tunjuk jadi dia susun aje.. jadilah juga benda-benda yang dia nak ikut pada gambar-gambar yang dia ada.. aku suruh dia buat yang senang-senang dulu sebab yang susah-susah pun aku dah fade up nak buat.. hehehe...!! Memang permainan ini menguji mental dan fizikal.. Aku pun kadang-kadang tak boleh nak tahan.. aku cerai-ceraikan je balik...

Masa ini baru start nak buat.. Sukalah Athirah aku melayan dia... hihihi..!!

Yeee.... dah siap....!!

Inilah hasilnya... "chicken"

"ship"

"robot"

"dinasour"

Inilah rutin aku bila dekat rumah.. memandangkan anak pun dah besar jadi aku pun kenalah melayannya.. Ikut ajelah karenah dia.. Maklumlah anak aku sorang.. hehehe...!! daaaa.....

Sunday, February 13, 2011

Celebrate B'day for me at home..

Hai.. Hari ni aku nak en3 gambar2 celebrate B'day aku semalam.. Memang dah rutin kami menyambut B'day dirumah jika xde perancangan untuk celebrate secara besar2an.. Ala kadar sudah daripada takde.. Alhamdulillah...hehehe..!!

Simple kek dari Kedai Kek sekitar rumah aku..

Kek untuk "MAMA"...


Bergambar bersama Puteriku yang tersayang...
Masing-masing semangat makan kek..

Emmm.. sedapnyer.. nanti Ayah beli lagi ye....hihihi..!!

2 potong sekali athirah makan....

baru sekali potong dah tinggal banyak ni...

Alhamdulillah... Semoga keceriaan keluargaku ini akan berpanjangan..... Amin.. daaaa.....

Wednesday, February 9, 2011

Makan Malam bersama suamiku...

Hai.. Bersempena Hari Kelahiran aku.. malam ini aku berdating bersama suamiku.. Hehehe... Malam ni aku dinner di atas bukit.. tp bukanlah bukit yang tersergam indah ada permandangan yang sungguh cantik cuma tempat tu je namanya Taman BUKIT Maluri, Bandar Manjalara, Kepong.. Aku tidaklah selalu makan diluar sebab aku sekeluarga lebih suka masak dan makan dirumah aje.. walaupun kami bertiga sahaja tak bermakna akan selalu makan diluar..
Restoran tempat aku makan ini kira oklah makanan dia.. seafoad, tomyam, jenis2 ikan yang beraneka jenis masakan.. kira sedaplah bagi tekak aku ni.. hehehe.. Walaupun makan di tempat yang biasa2 saje tapi bagi aku cukup bermakna sebab bukan senang nak berdating ni.. tambah pulak anak dekat rumah emak jadi berkesempatanlah kami berdua aje.. Hari Sabtu ni celebrate bersama anak pulak sbb anak aku ni suka makan kek.. jd celebrate makan kekla pulak...hihihi...

Inilah minuman aku... Milo panas je sbb cuaca hujan masa ni.. jd tak boleh minum air sejuk... Sejuk nanti.. lagipun aku memang jarang sekali minum air sejuk malam-malam.. lagi suka minum air suam je...

Ini ajelah lauk-lauk kami.. makan berdua aje taknaklah order banyak2 sgt.. tak habis nanti membazir pulak.. cukup ajelah 3 jenis lauk itu pun dah bermadai.. Alhamdulillah...

Ikan masak masam manis.. besar ikan ni penat kami nak menghabiskannya...

Telur Bungkus..

Sayur Kangkung Ikan Masin.. emm sedap.. dah lama tak makan kangkung ikan masin ni.. selalu dekat rumah aku masak sayur kangkung goreng biasa aje sbb aku tak berapa suka sangat makan ikan masin ni.. tapi malam ni terasa nak makan sayur kangkung ikan masin pulak.. hehehe..!!

Ikan yang dah licin ditelan isinya.. kalau sebetul-betulnya aku suka kesemua tulang-tulang tu aku hisap dan aku makan tapi dah kekenyangan sangat jadi dah tak boleh nak mengunyah dah.. Alhamdulillah...

Inilah dia muka birthday girl yang dah kekenyangan.. hahaha...

Emm.. sampai disini saje yang sempat aku postkan.. Sekarang ini pun aku tengah fikir hadiah apa yang aku nak dari suami aku sebab dia yang tanya aku nak hadiah apa.. Mungkin dia dah tak boleh nak fikir hadiah apa lagi yang dia nak kasi jadi dia terus tanya dekat aku apa yang aku nak.. Sebenarnya banyak yang aku nak tapi nantilah aku pilih dulu.. hehehe.. bukan selalu dapat hadiah hari lahir ni.. setahun sekali je..hihihi...daaaa...!!

Wahai diri... Selamat Hari Lahir....

9 Februari 2011..

Usia saya meningkat lagi.. Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 30 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu.. Saya ucapkan infiniti syukur kepada Allah SWT kerana memberikan saya kesihatan yang baik, menganugerahkan saya sebuah keluarga besar yang sangat bahagia dan mengisi kehidupan saya dengan pelbagai perkara yang menarik. Saya sujud kepada-Nya dengan rasa kerdil agar Allah mempermudahkan pula apa yang akan saya lalui selepas ini. Semoga saya benar-benar dapat meneruskan kehidupan ini dalam teritori hamba. Hingga kering segala apa yang ada pada usia. Hingga usia itu sendiri luput daripada dunia.

Ucapan-ucapan di Facebook

Banyak ucapan memenuhi wall facebook saya. Tidak kurang juga yang menghantarkan ucapan dengan mesej terus ke inbox handphone saya.. Ramai... Menyebabkan saya amat terharu.. Saya berusaha menjawab satu persatu.. MasyaAllah, rasa diri ini mempunyai keluarga yang sangat besar dan ramai.. Semoga semuanya diredhai Allah SWT. Semoga rantaian keimananlah yang menghubungkan kita semua. Saya ucapkan terima kasih atas doa-doanya. Semoga, yang mendoakan, akan diredhai dan dirahmati Allah lebih dari yang didoakan. Amiiin…

Kepada sahabat sepejabatku.. Kak Asmaria, Kak Shima, Nita, Miza dan Amutha.. terima kasih banyak-banyak di atas pemberian sekeping kad yang sungguh cantik serta ucapan-ucapan yang sungguh menarik... I LOVE YOU ALL kerana mengingati tarikh Hari Jadi saya..

Terimalah sebuah Puisi Khas untuk Sahabat-Sahabatku yang berada jauh mahupun dekat .. tanpa kalian Sahabat-Sahabat.. Hidupku akan terasa sepi..

"SAHABAT"
Kehangatan jiwa
Andai bukan SAHABAT membakar
Kan hilang seri dunia

Sahabat sentiasa hidup
Walau tubuh terputus nyawa
Hadirnya sentiasa dalam doa

Takkan wujud gantinya sahabat
Ingin sentiasa bersamanya
Merentas syurga bergenggam erat

Kanku kunci nama kalian dalam doa
Atas keimanan hubungan terbina
Dan Allah adalah saksinya

Segala kudrat yang ada, segala tenaga yang masih wujud, dengan umur yang masih berbaki, dengan waktu yang belum luput, saya akan gunakan semuanya di dalam usia yang masih ada ini hingga segalanya kering sekering-keringnya. Akan saya gunakan semua ini untuk Allah SWT, menggapai redha-Nya.

Akhir kata, selamat hari lahir buat diri.

Jangan lupa tuntutan Allah pada kita di akhirat nanti.

Tuesday, February 8, 2011

Adik Ipar Tunang, Nikah dan Majlis Persandingan......

Hai.. Hari ni aku nak en3 gambar-gambar adik ipar aku bertunang, nikah dan bersanding pada 18 dan 19 Disember 2010 hari tu.. Adik ipar aku ni dia buat majlis ni sekaligus tu yg membuatkan en3 aku kali ni panjang menjela.. itu pun aku tak masuk sessi katam al-quran.. gambar-gambar katam al-quran tu xde dlm simpanan aku tu yg x dapat nak masukkan.. aku pun x dapat lagi menengok gambar katam al-quran tu sbb gambar2 tu pada kamera adik ipar aku ni.. yg gambar2 ni dari cameraman dia jd CD semua ni aku rembat ajela lg pun dia dah save dkt external hard dist dia.. Oklah jd tgk jelah ye gambar2 dibawah ini.. hihihi..!!

Masa ni sessi pertunangan dalam pukul 11. pagi 18 Disember 2010..

Sessi perbincangan.. tgk suami aku tu kusyuk mendengar PakLong dia bercakap..


Masa ni dah habis sessi perbincangan.. Sessi menengok brg2 yg diberi oleh pihak lelaki pulak..

Sessi menyarungkan cincin oleh ibu pihak lelaki...


Dah selesai majlis semua.. makanlah.. apa lagi.. hehehe.!!

Sessi bergambar bersama keluarga.. !!

Masa ni sessi pernikahan pulak selepas Zohor dalam pukul 2.00 petang hari yang sama.. Pernikahan ini dibuat di Masjid.. ambil berkat.. hehehe..!!

Dah selesai semuanya.. Alhamdulillah.. selepas suami baca takliq..ikut adat org Melaka, ibu pengantin perempuan perlu membaca lafaz melepaskan anak perempuannya.. sessi inilah yang sangat meyedihkan.. hihihi.. sampai suara emak mertua aku ni dah tak kedengaran nak melepaskan anaknya.. maklumlah anak perempuan bongsu..

Selepas itu.. adik ipar aku pulak menyahut ucapan dari emak mertua aku.. tapi biasalah adik ipar aku ni.. hati dia cekal.. xde sedih2nyer...hehehe..!!

Selepas itu sessi membatalkan air sembahyang, bergambar bersama abg2 yg baju samalah pulak masa ni dgn keluarga pihak lelaki..

Sessi malam berinai merangkap bersanggul Lintang.. Orang2 Melaka mmg tak tinggal dgn mengadakan sanggul lintang sekali.. Mmg berat betul kat kepala tu..


Sessi tukar2 baju beserta bergamber bersama emak, kembarnya (Adik ipar aku yg bongsu ni kembar) dan anak aku yg teruja tgk mak usunya.... hihihi...


Salah satu baju yang cukup menarik...

Baju Korea... Orang yang minat sgt cerita Korea ni mmg tak tinggallah nak mengenakan baju Korea...

Baju yang terakhir di malam hari pertama...

Yang ini berlangsungnya Hari Persandingan.. 19 Disember 2010..


Sudah tibanya Pengantin....

Nila dia flower girl/boy yang tak de rupa pun... Mood masa ni kureng oleh anak aku.. kira ada jugala dari takde.. hehehe...


Menepung tawar dari ahli keluarga..





Sessi makan beradap...
Bergambar bersama keluarga...





Bergambar secara "out door" di Ladang Getah..



Cantik juga berlatar belakang pokok getah ni.. Napelah masa aku kawen dulu tak teringat nak buat macam ni juga.. hehehe...

Sampai sini jela en3 aku ye.. Masa aku menulis artikel ni adik ipar aku ni dah pun mengandung sebulan.. Alhamdulillah... Nanti Athirah bertambahlah geng dia bila balik kg nanti.. hehehe... daaa,,,,,!!