Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2011

Wahai diri... Selamat Hari Lahir....

9 Februari 2011..

Usia saya meningkat lagi.. Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 30 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu.. Saya ucapkan infiniti syukur kepada Allah SWT kerana memberikan saya kesihatan yang baik, menganugerahkan saya sebuah keluarga besar yang sangat bahagia dan mengisi kehidupan saya dengan pelbagai perkara yang menarik. Saya sujud kepada-Nya dengan rasa kerdil agar Allah mempermudahkan pula apa yang akan saya lalui selepas ini. Semoga saya benar-benar dapat meneruskan kehidupan ini dalam teritori hamba. Hingga kering segala apa yang ada pada usia. Hingga usia itu sendiri luput daripada dunia.

Ucapan-ucapan di Facebook

Banyak ucapan memenuhi wall facebook saya. Tidak kurang juga yang menghantarkan ucapan dengan mesej terus ke inbox handphone saya.. Ramai... Menyebabkan saya amat terharu.. Saya berusaha menjawab satu persatu.. MasyaAllah, rasa diri ini mempunyai keluarga yang sangat besar dan ramai.. Semoga semuanya diredhai Allah SWT. Semoga rantaian keimananlah yang menghubungkan kita semua. Saya ucapkan terima kasih atas doa-doanya. Semoga, yang mendoakan, akan diredhai dan dirahmati Allah lebih dari yang didoakan. Amiiin…

Kepada sahabat sepejabatku.. Kak Asmaria, Kak Shima, Nita, Miza dan Amutha.. terima kasih banyak-banyak di atas pemberian sekeping kad yang sungguh cantik serta ucapan-ucapan yang sungguh menarik... I LOVE YOU ALL kerana mengingati tarikh Hari Jadi saya..

Terimalah sebuah Puisi Khas untuk Sahabat-Sahabatku yang berada jauh mahupun dekat .. tanpa kalian Sahabat-Sahabat.. Hidupku akan terasa sepi..

"SAHABAT"
Kehangatan jiwa
Andai bukan SAHABAT membakar
Kan hilang seri dunia

Sahabat sentiasa hidup
Walau tubuh terputus nyawa
Hadirnya sentiasa dalam doa

Takkan wujud gantinya sahabat
Ingin sentiasa bersamanya
Merentas syurga bergenggam erat

Kanku kunci nama kalian dalam doa
Atas keimanan hubungan terbina
Dan Allah adalah saksinya

Segala kudrat yang ada, segala tenaga yang masih wujud, dengan umur yang masih berbaki, dengan waktu yang belum luput, saya akan gunakan semuanya di dalam usia yang masih ada ini hingga segalanya kering sekering-keringnya. Akan saya gunakan semua ini untuk Allah SWT, menggapai redha-Nya.

Akhir kata, selamat hari lahir buat diri.

Jangan lupa tuntutan Allah pada kita di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me