Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 8, 2011

Adik Ipar Tunang, Nikah dan Majlis Persandingan......

Hai.. Hari ni aku nak en3 gambar-gambar adik ipar aku bertunang, nikah dan bersanding pada 18 dan 19 Disember 2010 hari tu.. Adik ipar aku ni dia buat majlis ni sekaligus tu yg membuatkan en3 aku kali ni panjang menjela.. itu pun aku tak masuk sessi katam al-quran.. gambar-gambar katam al-quran tu xde dlm simpanan aku tu yg x dapat nak masukkan.. aku pun x dapat lagi menengok gambar katam al-quran tu sbb gambar2 tu pada kamera adik ipar aku ni.. yg gambar2 ni dari cameraman dia jd CD semua ni aku rembat ajela lg pun dia dah save dkt external hard dist dia.. Oklah jd tgk jelah ye gambar2 dibawah ini.. hihihi..!!

Masa ni sessi pertunangan dalam pukul 11. pagi 18 Disember 2010..

Sessi perbincangan.. tgk suami aku tu kusyuk mendengar PakLong dia bercakap..


Masa ni dah habis sessi perbincangan.. Sessi menengok brg2 yg diberi oleh pihak lelaki pulak..

Sessi menyarungkan cincin oleh ibu pihak lelaki...


Dah selesai majlis semua.. makanlah.. apa lagi.. hehehe.!!

Sessi bergambar bersama keluarga.. !!

Masa ni sessi pernikahan pulak selepas Zohor dalam pukul 2.00 petang hari yang sama.. Pernikahan ini dibuat di Masjid.. ambil berkat.. hehehe..!!

Dah selesai semuanya.. Alhamdulillah.. selepas suami baca takliq..ikut adat org Melaka, ibu pengantin perempuan perlu membaca lafaz melepaskan anak perempuannya.. sessi inilah yang sangat meyedihkan.. hihihi.. sampai suara emak mertua aku ni dah tak kedengaran nak melepaskan anaknya.. maklumlah anak perempuan bongsu..

Selepas itu.. adik ipar aku pulak menyahut ucapan dari emak mertua aku.. tapi biasalah adik ipar aku ni.. hati dia cekal.. xde sedih2nyer...hehehe..!!

Selepas itu sessi membatalkan air sembahyang, bergambar bersama abg2 yg baju samalah pulak masa ni dgn keluarga pihak lelaki..

Sessi malam berinai merangkap bersanggul Lintang.. Orang2 Melaka mmg tak tinggal dgn mengadakan sanggul lintang sekali.. Mmg berat betul kat kepala tu..


Sessi tukar2 baju beserta bergamber bersama emak, kembarnya (Adik ipar aku yg bongsu ni kembar) dan anak aku yg teruja tgk mak usunya.... hihihi...


Salah satu baju yang cukup menarik...

Baju Korea... Orang yang minat sgt cerita Korea ni mmg tak tinggallah nak mengenakan baju Korea...

Baju yang terakhir di malam hari pertama...

Yang ini berlangsungnya Hari Persandingan.. 19 Disember 2010..


Sudah tibanya Pengantin....

Nila dia flower girl/boy yang tak de rupa pun... Mood masa ni kureng oleh anak aku.. kira ada jugala dari takde.. hehehe...


Menepung tawar dari ahli keluarga..





Sessi makan beradap...
Bergambar bersama keluarga...





Bergambar secara "out door" di Ladang Getah..



Cantik juga berlatar belakang pokok getah ni.. Napelah masa aku kawen dulu tak teringat nak buat macam ni juga.. hehehe...

Sampai sini jela en3 aku ye.. Masa aku menulis artikel ni adik ipar aku ni dah pun mengandung sebulan.. Alhamdulillah... Nanti Athirah bertambahlah geng dia bila balik kg nanti.. hehehe... daaa,,,,,!!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me