Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

Blogger..........

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..........



Hari ni aku nak citer mengenai "Blogger"... Hingga ke hari ini dah byk para blogger yg aktif menghasilkan blog mereka.. Ada yg menampakkan menarik apabila dibaca dan juga ada yang menghasilkan blog untuk memperkembangkan bisnes mereka.. Blog yang menarik ini akan menambahkan minat kita untuk Follow blog tersebut..



Ada juga Para2 Blogger ni suka meluahkan perasaan pada blog mereka.. Ada yg meluahkan dengan cara positif dan ada juga yang bersifat negatif... Ada yang suka menceritakan mengenai anak mereka dan juga keluarga mereka.. Aku masih ingat sorang kawan aku berkata "Berblog ni, blh jd penulis CERPEN (Cerita Pendek)".. Kadang2 aku terfikir, ada betul juga... masa sekolah2 dulu aku suka juga menulis CERPEN2 ni dan hantar utk keluaran Majalah Sekolah tp semenjak dah masuk alam pekerjaan ni dah tak de masa untuk menulis.. tapi masa zaman bercinta dulu ada jugalah aku menulis tapi Khas untuk suami aku je..(masa tukan jiwang) hahaha..!!



Jika kita baca blog2 org ni kita blh baca keperibadian seseorang itu mcm mana.. Walaupun kita tgk dari kaca mata kita sendiri yang dia seorang yg pelembut, ganas.. tapi dari segi penulisan dia kita blh tahu yang dia seorang yang mcm mana..



Untuk itu apabila kita berBlog, kita kena berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk menulis kerana dari Bloglah org lain boleh tahu sifat KEPERIBADIAN KITA...

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me