Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

Holiday at Terengganu

Hai...aku rasa lama dah aku tak update blog aku ni..dah nak bersarang dah rasanya..mood nak berblog ni kureng sejak akhir2 ni..

Untuk hari ni aku nak entrykan percutian aku bersama family2 sebelah suami aku di Terengganu bulan lepas.. Memandangkan kami nak mengantar adik ipar aku bertandang di Dungun, jadi kami pun pergila ke Kuala Terengganu untuk bercuti.. Kami tak sempat untuk berjalan-jalan sangat sebab masa ni dari pagi hujan hingga ke petang.. Kami sempat pergi ke Pasar Payang je untuk membeli belah.. sempatla juga aku memborong dekat Pasar Payang ni..hehehe..


Masa ni dekat rumah tumpangan kami yang disewakan oleh keluarga belah lelaki.. Tengah bersiap-siap untuk pergi ke rumah lelaki..sempat juga berposing anak aku dgn acik dia..


Dekat Terangganu ni simple betul majlis dia.. Tapi ok jugala ada pelamin..Adik ipar aku pakai baju serba putih masa majlis betandang ni.. Makanan dia pun okla.. bolehla juga mulut ni menelannya..maklumlah masakan orang Terengganu ni lain sikit.. Dah perut ni lapar.. tambah lagi cuaca pun sejuk sebab hujan je jadi perut ni asyik lapar jela.. hehehe..


Berposing di Pelamin.. Simple pun nampak menarik juga Pelamin ni..


Anak aku bergambar dengan makteh ngan pakciknyer..


Tambah pula dengan Makcu belah tokngahnyer..


Selepas habisnya kenduri di rumah adik ipar aku kami terus bertolak ke Kuala Terengganu. Sesampainya kami ke Kuala Terengganu semuanya kepenatan.. Kami berehat di Rumah persinggahan kami tu je.. kami tidak kemana-mana pada malam harinya..


Esok paginya kami bersiap-siap dan berkemas untuk ke Pasar Payang.. Dalam Planning kami, kami nak balik ke Kuala Lumpur pada hari Isnin.. Memandangkan seorang sepupu suami aku ada interview pulak pada hari Isnin tu jadi kami terpaksa juga balik pada hari Ahadnya.. takpela kesian pulak nak lepaskan dia balik sorang2.. kalau jadi apa2 di tengah jalan nanti padah pula jadinya..


Sementara menunggu yang lain-lain tak habis2 lagi bershopping..kami sempat lagi berposing di belakang Pasar Payang tu.. Dulu emak mertua aku kata masa dia dtg pada bulan Januari lepas tak siap lagi tempat ni.. tempat ni agak menarik jugala kalau bergambar..hehehe








Anak aku ni manja betul dengan acik dia..asyik berkepit je dengan acik dia ni.. ngan makcu dia xdela.. makcu diakan dah ada pakcunyer..hehehe..!!


My lovely Family...hehehe


Bergambar beramai-ramai setelah habis bershopping.. Lepas aje bershopping dekat Pasar Payang ni kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur.. Alhamdulillah jadi juga misi kami untuk bercuti di Terengganu.. Kalau ada umur yang panjang, ingat nanti nak pergi lagi tapi tunggu masa yang sesuai.. Rasa tak puas lagi bercuti di sini... Kalau boleh nak round satu Negeri Terengganu..hehehe..!! daaaaaa..!!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment To Me