Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 1, 2011

Begitu Pantas Masa Berlalu...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Esok, bersamaan 2 Julai 2011 genap 9 Tahun aku menjadi seorang Penjawat Awam. Selama 9 Tahun ini banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku tempuh. Alhamdulillah cabaran demi cabaran aku dapat mengatasinya.. Semoga selama 9 Tahun ini rezeki yang aku terima diberkati oleh Allah swt. Aku cukup bersyukur di atas semua GANJARAN yang telah Allah swt berikan.. ALHAMDULILLAH...

Tanggal 2 Julai 2002, aku melangkah ke Sekolah Menengah Teknik (ERT) Setapak, Kuala Lumpur dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaporkan diri. Semasa itu umur aku baru berusia 21 Tahun. Berkhidmat di sebuah Sekolah Menengah Teknik banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi. Di Sekolah, aku ditempatkan di Pentadbiran. Tugas aku seperti Merekod keluar masuk surat, Menguruskan Sistem Fail dan Membantu menguruskan Perkhidmatan Guru2 dan Kakitangan Bukan Guru dalam urusan Perlantikan, Pengesahan dalam Perkhidmatan dan Urusan Pembayaran Gaji. Tugas aku memang cukup padat. Setiap saat cukup berharga aku rasakan. Memandangkan di Sekolah ini terdapat anggaran 75 orang Guru dan 25 orang bukan Guru. Alhamdulillah setiap tugas yang diberikan dapat aku siapkan pada masa yang ditetapkan.

Di Sekolah, Big Bos aku adalah PENGETUA. Beliau seorang yang tegas dan selalu memberikan nasihat. Daripada nasihat beliaulah membuatkan aku bersemangat untuk belajar dan terus belajar. Aku bermula daripada "0". Alhamdulillah dengan semangat aku mahu belajar daripada orang yang paling senior daripada aku dan menghadiri kursus2, Alhamdulillah.. Aku berjaya melakukan setiap tugas yang diberikan dan membuatkan Bos aku senang hati. Dan aku selalu menjadi sumber rujukan.. Malahan dari Pengetua sendiri, Guru2 dan rakan2 Kakitangan Bukan Guru. Padahal aku bukanlah seorang yang berGRED tinggi..

Pada Tahun 2006, adalah tahun yang paling menggembirakan aku... Setiap Kerja yang aku lakukan mendapat pengikhtirafan. Aku mendapat ANUGERAH PERKIHDMATAN CEMERLANG pada tahun itu. Memang susah untuk mendapat pengikhtirafan daripada anggaran 100 Warga Guru dan Kakitangan Bukan Guru,aku yang terpilih. Masa itu aku berkhidmat baru 4 Tahun. Ramai lagi pegawai yang lagi senior daripada aku tapi mereka tidak diikhtirafkan lagi. Aku tahu sudah ditakdirkan rezeki aku.. Aku terima.. Alhamdulillah.. Nisbah untuk Anugerah tersebut adalah 5 Guru dan 2 Kakitangan Bukan Guru. Aku cukup bersyukur di atas Rezeki yang Allah swt berikan.. Tambah lagi tahun itu adalah tahun aku melangsungkan perkahwinan.. dan sebulan lepas itu aku mengandung.. dan aku redha kerana anak yang aku kandungkan lahir tidak cukup bulan. Aku cuma sempat mengandungkannya selama 27 minggu (61/2 bulan). Anak aku hidup hanya selama 2 hari. Aku pasrah diatas segalanya. Dan aku berpuas hati kerana aku dapat melahirkan dia secara normal walaupun aku dapat melihatnya hanya selama 2 hari. Dengan lahirnya dia, aku namakan NUR SHUHADA. Nama yang tidak kami rancang. Aku percaya setiap yang GEMBIRA mesti ada KESEDIHAN. Aku redha di atas apa yang terjadi walaupun hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Mustahil tidak sedih.. Orang berpantang ada anak tapi aku berpantang sendirian. Aku tetap gagahi jua sebab aku pecaya qada' dan qadar.. Itu semua DIARI kehidupan aku di Dunia ini..

Berbalik pada aku berkhidmat di Sekolah.. Aku cukup senang dengan Guru2 dan Rakan2 Bukan Guru di Sekolah tersebut. Mereka cukup baik dengan aku. Dengan itu tidak mustahil semasa aku kahwin banyak betul hadiah yang aku dapat.. Bak kata suami aku" Nak sampai separuh Bilik dah hadiah kita" hahaha.. Kebanyakkan daripada Rakan2 yang sama berkhidmat di sekolah. Bila aku dapat melahirkan anak aku yang no. 2 (termasuk yang meninggal) hadiah pun banyak dapat daripada Guru2 ni. Mungkin mereka cukup senang dengan diri aku ini.. Murahnya rezeki yang Allah berikan.. Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan kehidupan aku berkhidmat di sekolah sungguh menyeronokkan.. Malahan aku tidak pernah rasa kenangan pahit selama aku berkhidmat di sekolah ini..

Dalam keseronokan aku berkhidmat di sekolah, perjalanan kehidupan aku perlu diteruskan. Awal Februari 2009 aku terima surat kenaikan pangkat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Aku bersyukur kepadamu Ya Allah.. Aku bersujud dan sentiasa berdoa kepadaMu, doaku dimakbulkan.. Alhandulillah.. dan inilah hadiah Hari Lahir ku yang paling istimewa yang kurasakan.

Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan tempat yang banyak memberikan kenangan manis pada diri aku. Perjalanan hidup aku perlu diteruskan. Perasaan teramat sedih ketika tiba harinya Majlis Perpisahan. Semua warga sekolah meraikan aku semasa Perhimpunan Sekolah. Sungguh ramainya yang meraikan perpisahan untuk diri aku.. Sungguh sayu aku rasakan. Kata2 semangat yang aku terima masih terngiang2 ditelinga. Mereka cukup baik dengan aku sehinggakan sekarang aku tidak pernah dan tidak akan melupakan mereka.

Tanggal 31 Mac 2009, aku melaporkan diri Jawatan aku yang baru. Aku melaporkan diri di Lembaga Lebuhraya Malaysia. JPA menyewa dewan di LLM itu kerana post aku ketika itu paling ramai. Lebih kurang 2000 orang. Sampaikan jalan dari Tol Kajang ke Putrajaya sesak.. Pada sebelah petangnya aku mendapat surat penempatan di kementerian. Aku ditempatkan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Pusat Bandar Damansara. Pada petang itu juga aku bergegas untuk melaporkan diri ke Kementerian aku yang baru. Semasa aku melaporkan diri ini suami aku yang menghantarkan aku, itu semuanya menjadi mudah. Terima kasih untuk suami aku. Itulah yang membuatkan aku bertambah-tambah sayang padanya. hehehe.. Di KPKT aku berkampung disana (post ke KPKT lebih kurang dalam 200 orang) dalam seminggu. Pada hari terakhir aku dapat penempatan di Jabatan pula. Aku ditempatkan di Jabatan aku sekarang inilah.. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (JPBDSM). Pada hari pertama aku melaporkan diri di Jabatan aku yang baru ini aku belum mendapat penempatan untuk ke Bahagian2 lagi. Seingat aku hari ketiga baru aku terima kerana Ketua Seksyen Sumber Manusia ketika itu Outstation. Yang mendapat penempatan di Jabatan ini seramai 4 orang.. Kawan2 aku yang sama2 melangkah ke JPBD ialah Raja Noorhasniza, Norsakinah dan Apriana. Ketika itu yang kosong hanyalah Seksyen Sumber Manusia, Seksyen Kewangan dan Bahagian Korporat. Aku ditempatkan ke Bahagian Korporat bersama Apriana. Memang aku minta sebenarnya sebab kalau aku duduk di Seksyen Sumber Manusia dan Seksyen Kewangan aku rasa tugasnya lebih kurang sama dengan Tugas aku yang dulu. Sebab di Sekolah dulu aku buat kerja seperti di SSM dan SK tapi hanya untuk 100 orang guru dan kakitangan bukan guru sahaja. Jadi di Bahagian Korporat ini aku dapat menambahkan lagi pengalaman.

Di Bahagian Korporat, mulanya aku diletakkan di Unit Komunikasi Korporat selama lebih kurang sebulan. Selepas itu aku ditempatkan di Unit aku sekarang, Unit Kualiti, Keurusetiaan dan Penyelarasan.. Di Bahagian Korporat, setiap tugas yang diberikan perlu diselesaikan dengan cepat dan tidak boleh bertangguh-tangguh. Memandangkan Pengarah kami seorang yang tegas dan bersistematik, jadi kami dibawahnya perlu akur dengan caranya. Alhamdulillah selama aku berkhidmat bersama beliau aku dapat melakukan tugas seperti yang diperlukan. Di tempat baru ini yang menyeronokkan apabila kami perlu outstation dan terasa penat juga.. Yang seronoknya boleh cuci2 mata ditempat orang yang penatnya kena bekerja dari pagi hinggalah ke malam.. Ada kalanya hingga pukul 1 ke 2 pagi.. Tapi aku cukup puas hati.. Kami selalu melakukan tugasan secara team work.. Itu yang lebih merapatkan kami 1 Bahagian.. aku cukup suka di tempatkan di Bahagian aku sekarang.. Rakan2 di Bahagian aku ini pun aku cukup senang sekali.. Sampai di saat ini tidak pernah lagi terlintas difikiran aku untuk menukar ke Bahagian2 lain atau di Kementerian2 lain.. Semoga Allah memberkati REZEKI untuk AKU SEKELUARGA..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Tahniah kepada 2 orang ex-Bos aku iaitu Pengetua, Hjh. Zaliha Abd. Wahid yang telah dianugerahkan PENGETUA CEMERLANG dan juga Pengarah, Hjh. Rokibah Abdul Latif yang telah dinaikkan pangkat ke JUSA C. Dua insan inilah yang sentiasa memberikan nasihat untuk aku terus belajar sambil meniti perjalanan supaya aku berjaya di masa akan datang. Terima kasih juga kepada semua rakan2 yang telah menjadi sebahagian dalam hidup aku.. TERIMA KASIH SEMUA...

Keceriaan kami ketika berHari Raya..

Majlis Perpisahan bersama Pengarah aku kerana beliau dinaikkan pangkat. Ketika ini memang sedih sungguh aku rasakan. Tetapi apakan daya.. Perajalanan perlu diteruskan..

Terpancarnya keceriaan diwajah kami.. Seperti 1 Keluarga..

Inilah rakan2 yang paling rapat diketika ini.. Kak Shima, Kak Asmaria, Ayu dan Nida.. Bila kemana-mana mesti berlima-lima.. tidak ada yang tinggal.. muat untuk satu kereta.. Yang pentingnya hobi kami sama...iatui.. SHOPPING......!!hehehe..

Ok, setakat ini saje aku mengarang.. lama dah tak mengarang panjang2 semenjak dah tinggal zaman persekolahan.. Harap tak letihla membacanya ye.. sampai bertemu kembali..daaaa..

Wassalam......

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Bapa.....

Sayang dari...ISTERIMU

Suamiku.. Usah Gusar.. Bila melalui jalan sukar.. Kerana kita harus sedar.. Hidup tidakkan mudah.. Jika semangat kita lemah..

Suamiku.. Usah membisu.. Jika ada rasa terbuku.. Bukankah kita ditakdirkan besatu.. Berkongsi rindu dan sendu.. Kerana kita harus tahu.. Beratnya beban menanggung pilu..

Suamiku.. Memang tidak mudah.. Untuk memulakan alam baru ini.. Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah.. Dan.. bermusim sudah kita bersama.. Semua pahit jadi indah.. Bila haluan kita searah..

Suamiku.. Menjelang malam ini.. Ingin kupinjam cahaya bintang.. Biar ia menyinar.. Hingga ia menyinar.. Hingga ke siang.. Kerana kilaunya adalah... KASIH SAYANG ISTERIMU..


I Love Sentuhanmu.. Abah..!!

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu.. Mengheret aku mentafsir memori silammu.. Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu.. Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu..

Surut dedarku pada usapan manteramu.. Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu.. terpasak semangat pada keyakinan tekadmu.. Keakuranku pada tunjuk dan titah arahmu..

Abah.. Tak pernah ku tanya.. kemana tumpahnya keringatmu..

Abah.. Tak pernah ku hitung.. Berapa banyak kerutan di dahimu.. Yang kupinta hanyalah kemahuan hatiku.. Yang sedaya abah laksanakan..

Kau pendorong bukanlah pendesak.. Apalagi memaksa diriku.. Aku terlorong bukan terdesak.. apa lagi rasa terdera..

Tak terkuis dugaan menduga.. Apalagi takdir yang menerpa.. Aku mengharap bukan menolak.. Apalagi cuba melupa..

Lestari kasihmu tanpa batasan.. Sempadan waktu yang memisahkan.. Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa.. Sentuhanmu Abah amat bermakna...

TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA......

Selamat Hari Lahir Emak.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....


Hari ini bersamaan 17 Jun 2011 genap usia emakku 61 Tahun....


Terima kasih emak kerana telah melahirkan ku, menjaga dan mendidikku hingga je tahap ini... Engkaulah menjadi Idola hatiku untuk menjadi Isteri yang terbaik di mata dan di hati suamiku..


Terima kasih di atas segala-galanya.. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya....!!

Monday, June 13, 2011

Hepi Besday Aunty Ela....

Assalamualaikum dan salam sejahtera sumer....

Kali ini aku nak en3 pulak party birthday adik aku.. Party ni pun takdelah besar mana... cuma ahli2 keluarga je.. Tambahlagi anak2 buah aku masih ada dekat rumah emak dan abah aku jadi saje2 jela nak sambut birthday adik aku ni..

Tarikhnyer 10 Jun 2011 bersamaan pada hari Jumaat yang lepas tapi kami buat pada hari Sabtu.. Yela masa tu semuanyer ada jadi kami pun buatlah time tu.. saje suka2 jeee....


Kek ni di sponsor oleh Kakak aku.. Dah 26 tahunla adik oi... time akak umur mcm ni dah ada anak 2 org termasuk yang dah "Simpan"... huhuhu..!!

Anak aku pun sibuk nak potong kek sama aunty dia....

Suapla Aunty tu jangan tak suap..hihihi...

Ok, sampai disini sahaja yang sempat aku snap.. Gambar aku takde pun maklumlah aku je yang jadi tukang tangkap gambar.. Popia Goreng hasil tangan aku pun lupa nak snap.. dapat pujian dari orang ramai.. Tambah lagi Abah aku.. tu yang syok tu..hihihi..!!

Kepada adik aku.. Siti Suhaila Binti Abdul Ghafar.. Disini akak nak ucapkan, Selamat Hari Lahir Yang Ke-26 Tahun.. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, Dirahmati olehNya sentiasa dan CEPAT2 DITEMUKAN JODOH...

daaaaaa........

Time For BBQ....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada hujung minggu lepas aku sekeluarga pulang ke kampung.. Kampung aku bukannya jauh pun.. GOMBAK je..hehehe.. Ada xtvt yang akan dijalankan itulah aku balik ke Gombak pada Hari Jumaat malam dan terus tido hingga ke hari Ahad..

Xtvt yang akan dijalankan adalah BBQ..hehehe.. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak2 buah aku memang dah berkampung di rumah nenek dan atoknyer semasa musim cuti sekolah hari tu... Tambahan pula anak2 buah aku ni memang feberet mereka adalah AYAM jadi memang xtvt inilah yang mereka tunggu2.. selagi tak buat selagi tulah mereka akan menanya jer bila nak buat xtvt ini..

Semasa Cuti Hari Raya Cina hari tu aku tak dapat join sebab aku balik kampung suami aku di Melaka.. Cuma aku dapat video call dari diorang.. Masa tu memang cukup aku jeles sebab aku tahu bila buat xtvt sebegini suasana dia cukup meriah sekali memandangkan aku mempunya adik beradik yang ramai tambahan pulak anak2 buah aku lagilah ramai jadinyer walaupun buat kecil-kecilan sahaja itupun dah cukup meriah sekali..

Silalah lihat pic. yang aku en3kan ni.. Ini saje yang aku sempat ambil sebab aku jadi ass. abang aku untuk jadi tukang kipas masak makanan2 tu.. hehehe.. Selain ayam Makanan2 yang kami bakar adalah Daging Burger dan Sosej... Memang kenyang perut betul pada malam tu...hahaha..!!
Masa ni standby sebelum makanan masak.. Bukan main suka lagi anak aku tu.. Kalau Ayam bagikan lah dekat dia tu.. berketul-ketul dia makan.. hehehe..!!

Tempat pembakarnyer kecik tu yang lambat makanan masak... sabau ye anak2...hehehe..!!


Ini dia cheff yang dijemput dari Selayang..hahaha..!! Inilah abang aku yang atas dari aku yang sama2 kawen ngan aku dulu...

Abang Apis (Anak buah aku) pun sibuk nak menolong Pak Tamnyer..

Emmm... sedapnyer.. Cantik tersusun je ayam tu...hehehe..!!

Tengoklah hubby aku tu.. dah lapar sangatla tu.. sambil masak sambil makan sekali..

Baunyer pun dah menusuk jiwa..hahaha..!!

Sambil makan sambil tengok Maharaja Lawak.. Memang riuhlah rumah....!!

Garlic Bread, Mushroom soup dan Black Paper pun ada....

Memang cukup kekenyangan kami pada malam tu.. jadi kami tido malam tu cukup lena sekali..hahaha.. Kalau ada kesempatan kita buat lagi xtvt ni ye anak2.. dekat rumah atok ngan nenek pun jadilah..hehehe..!!

Ok, sampai disini dulu ye.. ada citer aku celoteh lagi...daaaa...!!

Monday, June 6, 2011

Aktiviti Athirah dirumah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Hari ni aku nak en3 aktiviti anak aku pada hujung minggu yang lepas. Selain memenuhi jemputan kenduri kawen memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah.. banyak juga jemputan kenduri yang kami terima, dengan itu ada juga masa terluang untuk memenuhi aktiviti anak aku dirumah.

Selalunya aktiviti pembelajaran athirah seperti menulis, melukis, mewarna, puzzel dan lain-lain lagi dan pada waktu ini aktiviti athirah ialah mendengar dan membaca melalui video daripada note book. Selalunya note book aku jela yang akan menjadi bahan sesi pembelajaran athirah. Lap Top suami aku jarang sekali untuk suami aku membenarkannya. Takut rosak habis kerja-kerja ayah dia nanti. Selalunya yang rajin mengajar athirah ialah ayahnyer. Maklumlah aku sibuk dengan kerja-kerja rumah.. Masa ni sempatlah juga aku snap beberapa keping gambar...

Sessi mendengar lagu untuk kanak-kanak..
Ada gaya pakar komputer tak? hahaha. Belajar-belajar juga.. bekalan tetap ada.. Bila athirah belajar mesti aku sediakan air, nugget ataupun kentang goreng kegemaran dia..


Belajar rajin-rajin ye sayang bila besar nanti boleh menjadi seorang yang berjaya dan bekerjaya.. Mama dan ayah sayangggggg.. ATHIRAHHH...!!