Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 1, 2011

Perjalanan Pulang Ke Kampung.....

Hai.. hari ni aku nak en3 Perjalanan aku Pulang ke Kampung... Sebenarnya aku ambil gambar ni semasa aku pulang ke kampung sebelum Kenduri Adik Ipar aku kahwin.. Rasanya semasa cuti Hari Deepavali awal bulan 12 hari tu..

Sekarang ni kan suasana Cuti maklumlah Cuti Tahun Baru China.. Aku je yang saje taknak cuti.. Biarlah kasi orang lain cuti dulu nanti2 aku cuti pulak. Lagi pun aku Balik Kampung Pagi Khamis ni jadi rasa tak payahlah ambil awal2 cuti.. Jadi inilah jalan2 yang selalu aku tempuh apabila Pulang ke Kampung Halaman suami aku di Kg. Cabau, Jasin, Melaka...

Masa ni dah lepas tol Alor Gajah.. Tengoklah tu Aparment dekat A'Famosa..

Perjalanan untuk ke Tol Ayer Keroh..


Tahu nak ambil gambar dia tersengih-sengih suami aku ni... hehehe..

Suasana Lebuhraya yang ada juga pokok2 yang sejuk mata memandang..

dah sampai Hentian Rehat Ayer Keroh..

Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Nak jugalah bergambar dlm kete.. hehehe..

Memandu sambil berborak-borak..

Hi.. bunga kesayangan aku ni nak bergambar juga.. hehehe..!!

Dah sampai pun simpang ke Tol Ayer Keroh..


Dah keluar dari Lebuhraya Utara Selatan ke Plaza Tol Ayer Keroh..

Suasana Tol Ayer Keroh yang dah banyak kereta...


Kereta yang jadi tumpuan mata aku... lama dah aku tak tengok kereta Proton Saga panjang ni...

Bayar Tol.. Jangan tak bayar.. hehehe..!!

Dah sampai pintu gerbang ke Melaka Bandaraya Bersejarah..

Zoo Melaka..

Bendera Negeri Melaka di Dataran Melaka..

Perjalanan ke Daerah Jasin.. Penuh dengan Pokok2 Kelapa Sawit..

Simpang ke Jasin..

Sampai sudah ke Daerah Jasin, Melaka..

Pusat Jualan Buah2an di tepi jalan

Hospital Jasin..

Pekan Jasin..

Inilah tempat aku selalu bershopping kalau pulang ke Kampung Suami aku.. Boleh tahan juga barang2 dia...


Persimpangan Bulatan untuk masuk ke kawasan kampung...

Yeee... dah masuk simpang kampung aku... Kampung Chabau, Jasin, Melaka.. hehehe.!!

Dari jauh dah nampak Gunung yang tersergam Indah mata memandang.. Gunung Ledang..

Dah sampai kampung Halamanku...

Simpang masuk ke rumah emak mertua aku..

tu dah nampak bumbung rumah.. hehehe..

Ha.. nilah rumah emak mertua aku.. masa sedang dalam pembinaan lagi untuk sambung lagi kedepan.. Nampak aje kecil tapi sebenarnya panjang ke belakang.. Kira selesalah jika semua Pulang ke Kampung beramai-ramai.. hehehe..

Masa ni perjalanan untuk balik ke KL... Anak aku dah keletihan.. dia tidur sendiri je dekat sebelah tempat duduk belakang... Diam je.. aku toleh.. rupanya dia dah lena dibuat mimpi.. kesian anak aku..

Nilah dia.. Jem gila... selalunya perjalanan ambil masa 2 setengah jam jadi 4 jam... nasib baiklah anak aku tidur.. kalau tak habis dia mengamuk agaknya lama sangat..

Masa ni baru sampai Senawang.. aku dah penat dah.. jadi aku pun merehatkan diri je... Kesian suami aku memandu... sabar jela ye... hehehe..!!

Semasa aku membuat artikel ini kampung aku sedang dilanda Banjir paras tingkap kata emak mertua aku.. risau juga sebab cuti Tahun Baru China hari Khamis ini kami hendak bercuti di Kampung.. Harap2 sudah redalah hendaknya banjir tu apabila kami sudah sampai nanti.. Alamatnya pulang ke kampung ni takdelah bercuti untuk bereha-rehat... Kena bertungkus lumuslah membersihkan apa yang patut...

Sekian jelah celoteh aku kali ni ye.. daaa...

2 comments:

  1. Perjalanan yang menyeronokkan! Tahniah,..kerana Akak berjaya snap every pic dlm perjalanan ke kampung di Melaka.Saya suka! Gambar yg bagus.

    ::Haszk Mokhtar,15
    Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya main snap je..gambar tak cantik pun.. yela pakai camera telefon je... Terima kasih kerana beri comments..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment To Me