Hai semua....
Statment hari ni aku tuliskan mengenai HATI.. Ini sebab aku tengok cerita semalamla ni terfikir2.. Cerita pukul 7 ptg tu.. tajuk dia Cinta Antara Kita.. hahaha..!! dah takde cerita jadi aku pun ceritala mengenai CEMBURU ni.. Sebab cerita tu banyak betul mengenai Cemburu.. Cemburu pada suami..Cemburu pada kekasih.. Cemburu pada orang lain.. sampaikan Syarikat org tu pun boleh bankrup sampai Tuan punya syarikat tu dah jadi gila..isteri dia pun dah sakit sampai koma tak sedarkan diri.. Ini semuanya disebabkan CEMBURU.. Tp ending dia belum lagi.. tu yang aku tak sabar untuk tengok hingga keakhirnya..
Mengenai Cemburu ni.. aku tak tahula pada orang lain di luar sana.. setiap orang lain hati dia berbeza-beza.. Ini semua pembawakan masing2..
Aku ni pulak.. Memang seorang yang cemburu.. Tapi Cemburu aku ni takdelah sampai membabi buta.. Takdela Cemburu pada benda yang dianggap remeh temeh.. Memang dari dulu.. Bila sesuatu benda yang aku tak suka akan aku bagitahu.. Bohongla kalau takde langsung rasa Cemburu..
Tambah lagi pada suami kita.. Tapi setakat ni aku boleh control lagilah.. Kalau aku seorang yang sangat Cemburu.. aku rasa suami aku kena kerja dekat rumah jela..hehehe.. tambah lagi kerja dia dikelilingi oleh operator perempuan..maklumlah suami akukan Technician dekat sebuah Kilang di Sg Way.. jadi ramailah perempuan-perempuan tak kira muda, tua, dah kawen, janda yang bekerja di sektor kilang tu.. Berapa banyak mssge yang diterima di handphone suami aku ni.. tapi disebabkan tentang kerja.. terima jela.. tapi kalau ada isteri yang betul-betul kuat Cemburu memang dia tak kasi langsung suami dia terima mssge ataupun emel daripada sesiapa pun.. tambahlagi melalui telefon.. lagila.. Belum lagi kawan sama U dia dulu.. Kena fikir jugakan takkanlah dia dah kawan lama sama2 U dulu dah dapat dapat blk no. contact pastu senang2 kita nak putuskan tali persahabatan mereka.. Sebabnya kita Isterinya.. Ada ke isteri2 bersifat mcm tu.. Setiap hati orang berbeza-beza.. Tapi kita kena banyak bertolak ansur sebenarnya..
Ini semuanya luahan dari hati je.. tidak untuk mengenakan sesiapa pun.. Kita mempunyai suami masing2 jadi kita kena jaga juga hatinya.. jangan kita nak fikirkan hati kita sahaja.. kadang2 kalau dah cemburu ni macam2 kata2 yang akan kita lemparkan pada suami kita tu.. Kita kena selalu berbincang, mengambil kata sepakat dan saling bertolak ansur.. itu yang akan mendamaikan ALAM RUMAHTANGGA . daaaaa....
mmg tak salah cemburu...cemburu kan tandanya syg kan?
ReplyDeleteoleh itu KITA nie kena lah jaga diri KITA supaya diri KITA tidak dilebelkan penyebab masalah cemburu itu.
Betul tu.. Kadang2 Cemburu tu yang akan membinasakan diri sendiri.. Jadi kita kena melatihkan diri kita dengan banyak2 berSABAR..
ReplyDelete