Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 10, 2009

ERTI KASIH SAYANG.......

Pernahkah kita terfikir, kasih sayang yang kita berikan apakah ukuran yang boleh dibandingkan.. Tidak bukan?

Pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah berikan kasih sayang yang sama seperti yang telah kita terima..

Pernahkah kita terfikir, bahawa kasih sayang adalah tindakan dua pihak, yang memberi juga mahu menjadi penerima..

Apabila sudah sekian lama dikasihi, pernahkah kita terfikir, sudahkah cukup kita memberi apa yang telah diterima..

Harapan seorang yang mengasihi adalah mahu dikasihi kembali.
Harapan seorang yang menyayangi agar sentiasa turut disayangi kembali.
Ciuman kasih sayang perlu ada balasan.
Pelukan perlu ada pengertian.

Jangan biarkan kesedihan, jangan biarkan kesunyian.

Besar ertinya apabila ciuman diberi tanpa diminta.
Besar ertinya ucapan kasih sayang diucapkan bagai lama tidak berjumpa.
Besar ertinya genggaman tangan erat tanpa dilupa.

Sudahkah anda melakukannya pagi ini pada insan yang anda sayang..

Fikirkan sejenak.. Insan yang kita sayang, entah esok entah lusa, entah hari ini, boleh pergi buat selamanya..

Jangan jadi penyesalan...

1 comment:

  1. alhamdulillah..kiteorg ade mengamalkan benda2 mcm ni stiap hari termasuklah klu belakunye perang..miahhahahahahaha...

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment To Me