Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 11, 2009

Jom Ke Rumah......

Kalau pergi ke area Kepong atau Segambut, jemputlah datang ke rumah aku.. Rumah aku terletak ditengah-tengah kawasan tu..

Disinilah Teratak aku sekeluarga.. Di Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur.. Aku rasa Apartmen yang aku diami ni yang tertinggi di kawasan Segambut sampaikan orang2 dikawasan rumah aku ni ingat apartmen ni adalah kondominium.. Padahal Apartmen je.. tapi nilai sekarang ni dah sama macam nilai belian sebuah kondominium.. Cepat betul Harga rumah naik.. Alhamdulillah.. Sekarang ni aku sekeluarga dah dapat miliki rumah sendiri..

Inilah rumah aku.. Rumah aku di tingkat 1 je.. dari 20 tingkat semuanya.. tinggikan! aku tak pernah sampai lagi sampai tingkat 20.. Tak tahu rasanya macam mana.. Mesti gayat.. Rumah aku no. 3A bersamaan no. 4 sebenarnya.. Yelah, menghormati kaum bangsa cina.. Aku dapat maklumat dari orang no. 4 no. tak baik untuk bangsa Cina.. Negara kita kan berbilang kaum.. Faham2 jelah..

Inilah Taman Permainan yang ada di tingkat Bawah sekali.. Bila petang2 ramai jugak budak2 main dekat sini.. Anak aku adalah jugak aku bawak main kat sini bila petang2 tapi bila dah sampai dekat kawasan ni dia dah taknak balik.. jenuh aku memujuk dia ajak dia balik.. Tulah peel anak aku yang dah cerdik..

Yang ni permandangan dari rumah aku.. Kawasan Mont Kiara.. Sorrylah gambar tak berapa cantik.. Bila malam memang lawa dengan lampu2.. Rumah aku ditingkat 1, tak berapa nampakla permandangan di Kuala Lumpur.. Suami aku kata kalau pergi ke tingkat atas sekali memang cantik.. Semua Permandangan dikawasan Kuala Lumpur nampak..

1 comment:

Thank You For Your Comment To Me