Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Apa khabar semua? dah lama aku tak berceloteh dekat blog aku nikan.. emm.. memandangkan kerja dekat opis tu tak sudah2 maka takde peluang langsung untuk aku berceloteh dekat sini.. Jangan kata diri sendiri punya blog, kawan-kawan punya blog pun tak sempat aku nak jengah.. mesti banyak citer kan.. Nampak sangat aku ni sorang blogger yang tak cukup "tegar" lagi..hehehe.. Tahulah dekat opis tu.. tak sempat nak tarik nafas..kerja baru dah sampai..tambah lagi minggu depan ada meeting dekat Alor Setar.. lagilah banyak kerja aku ni... Takperla..nak buat macam mana..dah namanya kerja..bila dah sampai rumah kerja untuk rumah pulak...Penat-penat pun kita puas hatikan...
Oklah..berbalik pada tajuk aku kat atas tu.. Memandangkan cuti-cuti ni aku pun memang betul-betul free, aku pun nak en3kan Aktiviti aku pada petang semalam.. Memandangkan semalam suami aku cuti (Hari Jadi Agong Jatuh Hari Sabtu), apabila habis waktu kerja dalam pukul 4.40 petang suami aku sampai untuk menjemput aku balik kerja.. memang rutin setiap apabila suami aku cuti, dia akan hantar dan ambil aku kerja.. Kami terus ke Taman Tasik Titiwangsa untuk membawa anak aku meluaskan "mindanya" berrekreasi di Taman Tasik Titiwangsa.. Dekat rumah aku memang ada Taman sebegini tapi tidaklah sebesar di Taman Tasik ini.. Aku suka membawa anak aku bermain disini kerana disini banyak dan pelbagai jenis permainan yang ada.. Anak aku pun cukup suka bermain disini.. Yang bestnyer lagi.. persekitaran permandangan yang cantik dengan Tasik dan Bangunan-Bangunan yang pencakar langit.. Jadi ini saje yang sempat aku snap sebab letih berganti-ganti dengan suami aku untuk kawal pergerakan anak aku ni..maklumlah Taman tu open jadi pergerakan anak kita mesti diawasi selalu.. Takut perkara buruk nanti berlaku (faham2 jela ye..).. Jadi tengok ajelah pic ni yeeee...hehehe
Oklah sampai disini saje untuk aku berceloteh ye.. ada kesempatan lagi aku celoteh lagi...daaaaaa....!!
No comments:
Post a Comment
Thank You For Your Comment To Me