Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah..........

Lagi beberapa jam kita akan memasuki tahun baru bagi kalendar islam..
Aku mengucapkan "Salam Maal Hijrah..1431H kepada semua yang beragama islam.. Semoga hari2 mendatang lebih baik dari hari semalam..Amin.."

Time Kasih Banyak2.............

Kat sini aku nak ucapkan banyak2 time kasih pada kawan aku ni.... INTAN.. Dia dah bagi aku web site untuk mencantikkan blog aku ni... "TIME KASIH BANYAK2 YE INTAN!!! Jasamu tetap kukenang..
Payah aku nak memilih background blog ni.. Banyak sangat yang cantik2.. Dah ramai kawan aku yang memuji.. Tak tahulah sampai bila aku boleh bertahan dengan background ni.. weh!weh!weh!

Wednesday, December 16, 2009

Mengimbau Kenangan Silam...

Sekarang ni aku tak tahu kenapa tiba2 aku teringat zaman masa persekolah dulu.. Alangkah seronoknya masa tu.. Kawan2 sama2 bergelak, berketawa.. Aku rindukan waktu semua tu.. Ni je gambar yang aku dapat masukkan.. Tapi kurang menarik.. Biasalah gambar dah lama..

Nila sekumpulan kawan baik aku.. gambar ni penghujung Form5.. Last paper SPM.. Bergambar kenangan.. Kawan sekelas aku Form 4 dan Form 5.. Masa ni dia orang datang rumah aku masa Hari Raya.. Semuanya dah kahwin..

Alangkah seronoknya zaman persekolahan.. Aku rindukan kawan2 aku semua.. Kemanalah korang sekarang ni ye... ish!ish!ish!

Menu minum petang...

Petang semalam menu minum petang aku buat cekodok je.. dah lama rasanya aku tak makan cekodok.. Rasa teringin pulak nak makan..
Suami aku pulak panggil jemput2.. Mula2 kahwin dulu aku ingat lagi suami aku suruh buat jemput2.. Aku ingat apalah jemput2 tu.. Rupanya cekodok.. Bahasa orang melaka kot.. Tapi aku dengar ada tempat2 lain pun panggil jemput2 jugak.. Apa2 lah asalkan benda yang sama..

Memang jadi kebiasaan aku.. aku akan menyediakan minum petang untuk keluarga aku.. Dah terikut cara emak aku.. Bila petang wajib ada sessi minum petang untuk keluarga.. Suami aku pun dah terbiasa.. Biasalah masa dia bujang dok bujang jadi makan pun tak tentu.. tak heranlah bila dah kahwin badan dia naik mendadak.. hehehe..

Tuesday, December 15, 2009

Melayan Perasaan....

Hari ni aku tengok orang2 dalam opis ni semuanya tengah melayan perasaan.. Termasuklah aku.. tepi aku, belakang aku.. dengar lagu2 yg mendayu-dayu.. Aku pulak layan lagu lama2.. Syok juga dengar lagu lama2 ni sekali-sekala.. CINTA BANDAR TASIK SELATAN.. dah lama tak dengar lagu ni... menusuk kalbu...!!!!

"Tiada apa yang dapat kurasakan
Selain dari cintaku..padamu..
Tiada Lafaz sendu yang terindah
Yang dapat kugambarkan padamu..

Bersama janji kita dipadukan
Seindah rindu yang dirasakan
Iringan bayu senja yang bertiup
Membisikan cintaku padamu...."

Monday, December 14, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Semalam aku dengan family aku pergi Majlis Perkahwinan sepupu aku.. Anak Pakcik sebelah ayah aku dekat Dewan Serbagunan AU2 Keramat.. Kami pergi 3 biji kereta.. Kira ramailah rombongan yang pergi Majlis ni.. Sepupu aku yang perempuan.. Aku rasa Pakcik aku ni ada 2 orang anak je.. Yang kahwin ni yang last.. Adik isteri Pakcik aku ni kawan aku masa sekolah dulu.. Dah lama tak jumpa.. Masing2 dah kahwin, anak pun dah besar.. Cepat masa berlalu.. Masing2 rupa pun dah lain.. Sorryla gambar pun kurang menarik.. Masa ni ramai sangat orang yang nak mengambil gambar.. Termasuklah aku...

Masa hari Sabtu lepas pun aku pergi majlis perkahwinan juga dekat Taman Medan, Petaling Jaya.. Rumah Kawan suami aku.. Rasanya musim Kahwin sekarang ni pakai serba Pink dan Putih la.. Kedua-dua majlis ni sama je warna pakaian dengan pelaminnya.. Masa hari sabtu tu aku tak teringat nak ambil gambar.. Mungkin kepenatan sebab penat kesesatan.. Sampai Tempat tu cepat.. 30 minit je dari rumah aku.. tapi nak cari rumah pengantin hampir 1 jam.. Nasib baik anak aku tido masa tu.. Letihnya..

Friday, December 11, 2009

Jom Ke Rumah......

Kalau pergi ke area Kepong atau Segambut, jemputlah datang ke rumah aku.. Rumah aku terletak ditengah-tengah kawasan tu..

Disinilah Teratak aku sekeluarga.. Di Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur.. Aku rasa Apartmen yang aku diami ni yang tertinggi di kawasan Segambut sampaikan orang2 dikawasan rumah aku ni ingat apartmen ni adalah kondominium.. Padahal Apartmen je.. tapi nilai sekarang ni dah sama macam nilai belian sebuah kondominium.. Cepat betul Harga rumah naik.. Alhamdulillah.. Sekarang ni aku sekeluarga dah dapat miliki rumah sendiri..

Inilah rumah aku.. Rumah aku di tingkat 1 je.. dari 20 tingkat semuanya.. tinggikan! aku tak pernah sampai lagi sampai tingkat 20.. Tak tahu rasanya macam mana.. Mesti gayat.. Rumah aku no. 3A bersamaan no. 4 sebenarnya.. Yelah, menghormati kaum bangsa cina.. Aku dapat maklumat dari orang no. 4 no. tak baik untuk bangsa Cina.. Negara kita kan berbilang kaum.. Faham2 jelah..

Inilah Taman Permainan yang ada di tingkat Bawah sekali.. Bila petang2 ramai jugak budak2 main dekat sini.. Anak aku adalah jugak aku bawak main kat sini bila petang2 tapi bila dah sampai dekat kawasan ni dia dah taknak balik.. jenuh aku memujuk dia ajak dia balik.. Tulah peel anak aku yang dah cerdik..

Yang ni permandangan dari rumah aku.. Kawasan Mont Kiara.. Sorrylah gambar tak berapa cantik.. Bila malam memang lawa dengan lampu2.. Rumah aku ditingkat 1, tak berapa nampakla permandangan di Kuala Lumpur.. Suami aku kata kalau pergi ke tingkat atas sekali memang cantik.. Semua Permandangan dikawasan Kuala Lumpur nampak..

Thursday, December 10, 2009

ERTI KASIH SAYANG.......

Pernahkah kita terfikir, kasih sayang yang kita berikan apakah ukuran yang boleh dibandingkan.. Tidak bukan?

Pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah berikan kasih sayang yang sama seperti yang telah kita terima..

Pernahkah kita terfikir, bahawa kasih sayang adalah tindakan dua pihak, yang memberi juga mahu menjadi penerima..

Apabila sudah sekian lama dikasihi, pernahkah kita terfikir, sudahkah cukup kita memberi apa yang telah diterima..

Harapan seorang yang mengasihi adalah mahu dikasihi kembali.
Harapan seorang yang menyayangi agar sentiasa turut disayangi kembali.
Ciuman kasih sayang perlu ada balasan.
Pelukan perlu ada pengertian.

Jangan biarkan kesedihan, jangan biarkan kesunyian.

Besar ertinya apabila ciuman diberi tanpa diminta.
Besar ertinya ucapan kasih sayang diucapkan bagai lama tidak berjumpa.
Besar ertinya genggaman tangan erat tanpa dilupa.

Sudahkah anda melakukannya pagi ini pada insan yang anda sayang..

Fikirkan sejenak.. Insan yang kita sayang, entah esok entah lusa, entah hari ini, boleh pergi buat selamanya..

Jangan jadi penyesalan...

Tuesday, December 8, 2009

INTERNET....

Semalam suami aku dah renew internet dekat rumah aku. Barula senang sikit dan bolehlah aku update blog aku kalau ada masa lapang. Yelah kadang2 dekat opis tu bukannya ada masa sangat. Kalau takde keje takde langsung, kalau ada sampai tak menang tangan dibuatnya.


Itupun kalau takde masalah.. Yelah dekat rumah pun macam2 keje nak kena buat. Kiranya dekat rumah suami aku saje yang memerlukan sangat internet ni. Aku biasa je. Kalau ada pun lagi bagus. Untuk kesenangan juga..

Monday, December 7, 2009

Borringgnyeee!!!!

Hari ni hari yang cukup memboringkan... Takde kerja sangat hari ni itulah sangat memboringkan sampaikan aku makan jauh hari ni.. Berjalan sampai ke Centrel Market (CM). Jauhnye... bukannya naik kete tau, berjalan kaki je!! Sanggup betulkan. Selalunya aku pegi naik kete je kalau nak makan dekat tempat yang jauh-jauh. Hari ni bos takde tula boleh buat camtu.. keluar pukul 12.15 tengahari balik opis 2.30 petang.. berapa lama aku lunch time hari ni.. Teruknye..

Friday, December 4, 2009

"Hanya sekadar renungan...."

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa, apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka GUGURLAH SEGALA DOSA DARI CELAH-CELAH JARI MEREKA BERDUA.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Sucikan 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.."

Thursday, December 3, 2009

Renungan matanya.............

Hai.. Nila rupa anak aku yang terkini.. dah masuk 2 tahun ni aku tengok baru la ada iras muka aku sikit.. Kalau tak rupa dia ikut rupa suami aku je.. Yelah anak ayah.. anak aku ni lebih manja dengan ayah dia.. biasala tu, anak perempuan..
Masa ni dekat Paroi, Negeri Sembilan. Pergi kenduri kahwin dekat sana. Sebelah anak aku ni maklong kecik dia.. hehe!! anak mak usu suami aku.. Kalau dekat sebelah suami aku, makcik2 anak aku kebanyakkannya kecik2 berlaka.. Biasala suami aku yang sulung.. Cayalah Athirah.. Mama love you..

Wednesday, December 2, 2009

Menu Hari Raya Aidil Adha...

Masa Hari Raya Haji hari tu nila menu masakan emak aku.. Aku cuma tolong siapkan bahan-bahan je.. Kalau semua nak tahu menu2 emak aku ni cukup laris bila tiba Hari Raya.. Siapa yang lewat datang.. Tak dapat makanla.. Cepat Habis.. Biasala ahli dalam rumah pun dah berapa orang, nikan pula orang lain yang datang rumah....

Nasi Impit..

Kuah Kacang..

Ayam Masak Merah..

Rendang Daging..
Ni je yang ada time Hari Raya Haji hari tu.. Lemang je aku tak masukkan.. lupa pulak aku nak tangkap gambar lemang tu.. Abang aku yang masak lemang tu.. Cukup sedap.. Cukup rasa!! emm!!
Kuih muih.. selalunya Hari Raya Haji takde kuih muih.. Hari Raya Puasa adalah.. Itupun ada yang buat dan ada juga yang beli je.. Aku nak buat pun ikut mood dan kuih yang senang2 je.. Siapa yang sudi2 tu datang jela rumah aku... Tapi kena call dulu!!!!

Tuesday, December 1, 2009

Selamat Hari Ulangtahun....Anakku!!

Hari ni anak aku dah berusia 2 tahun.. Sekejap je masa berlalu.. Masih teringat lagi saat2 untuk melahirkan dia.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan.. Alhamdulillah!!
Sekarang ni anak aku dah cukup bijak bercakap.. Kadang2 aku faham, adakala cakap bahasa dia la (aku tak faham).. biasala budak baru nak naik.. tapi yang semestinya apa yang orang cakap mesti dia ikut jadi tak boleh cakap yang bukan2 dgn dia.. Dia cepat tangkap.. Inila anak aku punya ragam..
Semalam aku dah buat parti untuk anak aku.. tapi kecil2lan je untuk famili.. Saje nak menggembirakan anak-anak buah aku yang suka berkumpul dekat rumah nenek dan atuk dia orang bila tiba musim cuti sekolah.. Aku dapat tangkap gambar kek je.. nak harapkan orang lain dia orang masa tunggu untuk memakan kek je.. jadi kek jela sebagai menghiasi blog untuk Hari Ulangtahun anak aku ni..
KEPADA ATHIRAH.. mama ucapkan Selamat Hari Ulangtahun yang ke-2.. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa sihat selalu.. Mama N Ayah Love You very2 much!!!! muahh!!

Wednesday, November 25, 2009

Hari Raya Aidil Adha....

Memandangkan esok aku dah start Cuti.. Hari ini aku nak ucapkan kepada semua yang beragama Islam SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Kepada Umat Islam yang pergi mengerjakan Haji pada Tahun ini aku doakan semoga Mereka semua dapat menjalani ibadah Haji dengan sempurna.. dan selamat pulang ke Tanah air.. Amin..

Tuesday, November 24, 2009

CUTI-CUTI Malaysia......

HAI!!!!!!!!!!!!!!
Sempena musim cuti sekolah ni... Jom kita bercuti... Kalau kita nak pergi bercuti.. Bercutila di Pulau Langkawi. Pulau kebanggaan Malaysia.. Jika ke Langkawi jangan lupa singgah Ke Kilim Geopark... Seronok tu.. Hari ni aku nak 'entry' gambar aku kat sana masa aku pergi Masyuarat Pegawai Kanan Pada hujung bulan 6 hari tu... Syoknye!!!!

Permandangan terbit matahari pagi dari Awana Porto Malai.. Aku menginap kat Hotel Awana Porto Malai. Okla Hotel tu.. Cuma dia jauh dari pekan.. yg bestnye Wi Fi free...

Jeti untuk ke Kilim Geo Park..

Kita dah sampai melalui sungai Kilim..

Kalau nak tengok burung Helang, kat sini banyak tapi masa ni burung tu takut nak keluar.. Mungkin sbb ramai sangat org nak tengok.. Jadi burung2 tu malula..(pandai je niza)..

Bergambar dgn sebahagian peserta mesyuarat.. Dua dari kanan tu pengarah aku.. tak kahwin lagi U.. Cik Hajah Rokibah.. Bos yang serius dan bersistematik..

Ikan bilis.. Kalau aku bawak tangguk, aku dah tangguk ikan bilis ni... time ni geram aku dgn ikan bilis ni.. banyak betul! Restoran terapung.. Kat sinila aku mengisi perut dan cuci mata tengok ikan.. Semuanya ada dlm pakej..

Ikan pari yang jinak..

Sempat berposing dengan geng2.. Masing2 dah kekenyangan.. Time ni tak sempat nak pergi gua kelawar.. Hari dah nak hujan.. jadi lepas tu terus pulang semula ke Hotel..
Bersiap sedia memulakan tugas untuk mesyuarat.. Hotel Awana ni boleh connecting room.. jadi bolehla bergambar beramai-ramai dekat beranda bilik... SELAMAT BERCUTI KE PULAU LANGKAWI..

Friday, November 20, 2009

"BIRTHDAY girl............."

Hari ni aku nak persembahkan gambar-gambar hari jadi anak aku.. Majlis ni aku buat dekat rumah emak aku di Gombak..Sebenarnya gambar ni dah lama.. Dah hampir setahun.. Yelah anak aku pun dah masuk 2 tahun pada 1 Disember ni.... Birthday yang ke-2.... InsyaAllah... Tunggu........!!!!

Kek untuk birthday girl...Yang ke-1... Diperbuat di kedai kek di Gombak

Tunggu masa upacara memotong kek...

Makan pun sempat posing juga... Anak aku dgn makcik dia (adik ipar aku)..

emm.... sedapnya!!!

Aksi orang kekenyangan...

Masa ni anak aku takut dgn patung... mungkin sbb badan patung tu berbulu... Geli agaknye... Tapi sekarang ni dah ok..

Masa ni acara membuka hadiah.....

Belek Athirah... Jangan tak belek hadiah tu..

Thursday, November 19, 2009

Anak aku.....................

Hari ni aku nak 'entry' gambar anak aku satu-satunya... NUR IZZAH ATHIRAH BINTI NOOR RASHIDI AMIR. Banyak perbezaan dari dia kecil hingga besar... Silalah melihat perkembangan anak aku...

Masa ni anak aku baru dilahirkan. Dalam beberapa jam keluar dari bilik pembedahan. Ada masalah sikit untuk proses kelahiran dia. Tula terpaksa buat pembedahan untuk melahirkan anak aku ni..

4 bulan.. Masa ni baru lepas cukur jambul.. tulah kepala dia botak..

4 bulan juga.. bulat tak mata dia... Macam mama dia...

5 bulan lebih... Time ni pergi Perak.. Kawan suami aku kahwin... posing tetap posing...

6 bulan... Time ni pergi rumah emak mertua kakak aku kat Melaka. Kakak aku punya adik ipar kahwin... BULATNYA MATA....

Besarnya mata.....

Baru nak belajar naik walker... yela baru 6 bulan aku dah masukkan dia dalam tu...

7 bulan rasanya.. Mak usu dia la ni pakaikan tudung... COMEL TAK TIYA MAMA?

8 bulan... mulut asyik nak cakap je.. tu yang ternganga je mulut dia...

10 bulan... Masa ni dekat Zoo Melaka.. Time raya gi jalan...

Last sekali... Time ni balik dari kampung. Nak beraya di Gombak pulak. Mata dia... TAK INGAT!!!!

Lupa Password..................

Hai..........
Salam untuk semua... Hari ni aku terpaksa buat blog aku yang baru... blog yang lama aku lupa dah passwordnye... boring betul... Nampak sangat umur dah meningkat... hahaha.. Lepas ni kalau lupa lagi tak tahu la macam mana...